Pengembaraan yang memakan masa lama sudah pasti memerlukan perancangan secara teliti dan tersusun. Ianya bagi memastikan kelancaran perjalanan dari awal, hingga kembali ke tanah air.
Ketika ini masih musim Winter di Eropah. Berikut saya sharekan sedikit sebanyak pengalaman dan tips untuk sesiapa nak ke sana atau tempat-tempat yang sama waktu dengannya. Itinerary saya upload dalam File section dan saya tak detailkan pada specific tempat untuk dilawati di sesebuah tempat sebab masing-masing berbeza kehendak dan minat. Anda hanya perlu google “Where to go in Paris” dan keluarlah suggestions (sebagai contoh).
1. Q: Apa route perjalanan?
A: London – Manchester- London – Paris – Barcelona – Milan – Budapest – Vienna – Prague – Berlin – Brussels – Amsterdam
2. Q: Sebulan pergi berapa banyak beg nak kena bawak tu?
A: Setiap seorang dari kami berdua hanya bawa satu beg galas besar (untuk baju dan toiletries) dan satu beg galas kecil untuk letak file trip dan segala booking.
3. Q: Kenapa kena bawa file kita nak pergi berjalan bukan nak pi opis?
A: Saya SANGAT SANGAT SANGAT RECOMMEND untuk siapa yang nak travel, terutamanya luar negara, beli satu fail yang ada banyak plastic kat dalam tu. Print segala itinerary, bookings, nombor embassy setiap negara kita pergi, passport copies dan segala dokumen-dokumen penting.
Senang bila kena tahan dengan imegresen atau polis. Kalau jenis officer banyak mulut tu kau lempar je file tu ke muka dia.
4. Q: Macam mana nak susun route? Nak masuk ikut mana? Nak balik ikut mana?
A: Nak susun route ni ada banyak benda kena consider. Contohnya tiket flight mana yang murah, ada agenda nak shopping sampai hilang akal atau apa-apa sahaja faktor yang memudahkan. Tapi saya rasa main consideration adalah harga tiket.
Pada pengamatan saya, antara negara-negara Eropah yang lebih murah tiket flight dari KL adalah London, Paris dan Amsterdam. 3 negara ni banyak harga promosi. Jadi, kuncinya flexible. Dapatkan info tiket mana yang murah, dan start susun route dari situ.
5. Q: Tiket one way ke return ke multi-city?
A: Saya perhatikan harga tiket multi-city (masuk ikut negara lain, balik ikut negara lain) lebih kurang sahaja dengan tiket return (dari tempat sama). Kalau berhajat nak ke UK selain dari negara Eropah lain, saya cadang beli tiket multi-city. Takdelah dua kali nak keluar masuk UK. Cost effective! Oh dan tiket one way semestinya mahal.
P/s: TOLONG beli tiket sendiri dan elakkan travel agent (bukan semua). Ada masalah dengan tiket multi-city kami dan akhirnya kena beli dua(2) one way tickets. Berjaga-jaga!
6. Q: Antara satu negara ke satu negara naik apa?
A: Kalau bujang-bujang ni, naik bas atau low cost flight sahajalah. Train selesa tapi mahal sangat. Bas SANGAT murah dan moden (tandas, wifi dan plug disediakan). Kami dapat beli tiket Megabus dari London-Manchester dengan 0.25 POUND SAHAJA!
Untuk perjalanan jauh, saya cadangkan naik low cost flight dan sila buru tiket RyanAir. Harga lebih kurang harga bas dan even cheaper. Cuma perlu beringat yang ada kos tambahan macam transport Airport-City dan extra time yang perlu di spend.
7. Q: Akak ada banyak cash ni mana nak simpan dik?
A: Cara kami begini. Kawan saya beli money belt, saya beli money neck. Pasport dan segala duit kami letak dalam tu. Dan hanya akan keluarkan duit belanja untuk setiap hari (let say 10 euro satu hari) ke dalam wallet satu per satu, hari demi hari.
Sebelum keluar hostel, bawa keluar duit belanja untuk haritu siap-siap dan masuk dalam wallet. Lepas tu pakai money neck/belt tu bawah lapisan baju. Kalau tak perlu, jangan dok tayang money neck/belt tu kat public. Tak semua orang baik!
8. Q: Macam mana nak upload selfie kat Instagram sepanjang kat Eropah? Bukan semua tempat ada wifi.
A: INTERNET SANGAT PENTING. Kami rely banyak pada Google Maps dan apps City Mapper (apps untuk metro kecuali Budapest & Prague). Kat sana, memang banyak tempat ada wifi, tapi tak semua boleh guna. Jadi, kami beli prepaid (Pay as You Go) sim card dari telco Three, based in UK. 12GB untuk sebulan kami hanya bayar 20 GBP. Tak habis pakai pun. TAPI, tak boleh buka hotspot.
Kalau nak beli tapi tak pergi UK, di negara lain pun ada kedai Three cuma kena check dulu di website dia. Twitter customer service diorang juga sangat tangkas reply bila kita ada problem dengan line.
Korang boleh juga sewa pocket WIFI dari Malaysia. Dia ikut jumlah hari. Macam kami, kos untuk sewa wifi dalam RM700 total. Bahagi dua orang, sorang kena bayar RM300++. Mahal sangat. Lebih jimat kami beli Three sim card. Baru RM 120 seorang!
P/s: Kalau nak pusing Europe (keluar dari UK), tak payah beli pakej unlimited data sebab ia hanya terpakai di UK sahaja. Kalau dah keluar dari UK, limit hanya 12GB. Jadi, baik beli je pakej 12GB terus(20GBP) instead of unlimited(25GBP).
Brandenburg Tor Gate. Orang panggil gate to Berlin. Statue di atas gate tu pernah dibawa ke France dalam satu perang, tapi dibawa kembali ke Berlin. Datang sini masa senja sangat cantik!
9. Q: Passport kena cop tak antara setiap negara?
A: Kami kena check, tapi tak di stamp. Kalau naik bas, tak berhenti untuk passport control pun (kecuali London-Paris). Kalau naik flight, passport di check, tapi tak di stamp.
P/s: TOLONG berhati-hati masa travel London-Paris by bus. Masa kami nak balik ke KL dari Amsterdam, imegresen tanya turun dari KL kat mana. Kami beritahu turun di London. Dan dia tanya lepas keluar dari UK, pergi mana? Kami habaq pi Paris. Dia pelik kenapa takde cop Paris di Passport kami. Jadi kami berdua kena tahan dalam bilik special (sekejap je tapi nervous juga) dan dia tanya macam-macam.
Mujur saya sentiasa bawa file which includes itinerary lengkap dan segala booking transport dan accommodation. Dia tanya apa sekalipun, saya buka file saya tunjuk. Tak sampai 5 minit dia datang balik dah bagitahu kami sepatutnya dapat cop waktu naik bas dari London-Paris.
Kami habaq kat depa kata masa cross haritu ada passport control sahaja tapi dia tak cop pun, sekadar check. Imegresen kata memang kena ada cop so dia letak “Correction Stamp” di passport kami dan lepaskan kami. JADI BERHATI-HATI MASA CROSS BORDER UK-FRANCE! TERUTAMA BILA NAIK BAS.
10. Q: Living cost mahal tak? Macam mana nak bajet?
A: Harga barang diorang murah je, cuma jangan convert. Kami bawa Brahim 10 kotak seorang untuk sebulan travel. Balik Malaysia masih ada 2 kotak. Cara nak bajet senang je. Sebelum travel, terus allocate berapa euro nak spend sehari untuk makan. Dan as long as awak tak lebih dari bajet tu, sangat okay. Kami letak 10 euro maximum satu hari dan memang dah ada duit tu siap-siap. Jadi bila nak makan, takde nak fikir “Eh mak datok mahalnya kebab ni 8 euro dah 40 hengget! Makan roti je lah.”
Sebab kita memang dah ada bajet untuk makan 10 euro satu hari, then makan je lah 8 euro kebab tu, sebab awak memang still dalam bajet. Rule dia bila lapar, makan. Jangan sebab nak jimat, badan tak sihat. Nak travel ni nak seronok, tapi macam mana nak seronok kalau badan tak sihat ye tak? Kami bajet sorang 10 euro satu hari untuk makan minum. Alhamdulillah tak pernah kebulur kat sana.
P/s: Nak lagi jimat, masak sendiri (spaghetti ke apa2). Tapi kami masak sekali je sebab dah jemu makan kebab. Kalau bawa Brahim tu, tak payah bawa untuk setiap hari. Percayalah korang takkan makan semua sebab jemu. Gilir2 lah harini makan luar, esok makan Brahim etc.
Chain Bridge, Budapest.
11. Q: Saya nak shopping banyak ni, dorang kata barang kat Europe murah. Tapi saya nak muuurah lagi. Acano?
A: Ya, barang-barang berjenama kat sana generally lebih murah dari Malaysia. Tak kisah jenama apa pun. Tapi perlu ingat setiap negara ada barang mereka sendiri dan oleh itu, harga within Europe pun tak sama (but still cheaper than Malaysia). Kalau korang pergi Spain, TOLONG masuk Zara (Spanish company) sebab masyaAllah dia punya murah rasa nak beli banyak bawak berniaga kat Malaysia.
Nak murah lagi? Jangan lupa claim VAT refund! VAT ni Value Added Tax untuk most barang di Europe dan untuk non-EU citizen, kita boleh claim balik tax tu di airport last kita untuk terbang KL semula. Setiap store ada minimum amount of purchase untuk kita claim VAT. Dan mesti dalam SATU resit ya tak boleh campur2. Selalunya 50 Euro minimum untuk satu resit tapi ada kedai letak 170 Euro. Sila double confirm dengan cashier sebelum bayar.
Steps Claim VAT:
1. Beli lebih dari minimum amount untuk kedai tu and cakap kat cashier nak claim tax. Ia akan bagi resit yang di attach sekali dengan borang refund. Dalam borang tu kita kena isi details kita.
2. JANGAN BUKA barang-barang yang kita nak claim tax tu. Sebab masa kat airport nanti, step seterusnya kena pergi kastam (before check in beg tu). Dapatkan cop kastam dan masa ni sila bawa semua barang-barang yang terlibat dalam claim tax tu. Diorang buat random check. Kalau kita dah terbuka barang tu, dia takkan bagi stamp. No stamp, no claim.
3. Lepas dapat stamp dari kastam untuk setiap resit, pergi ke kaunter company yang akan bagi kita refund tu. Kalau di Europe, selalunya Global Blue dan Premier Tax Free. Boleh minta cash atau by credit/debit card. Cash dapat on the spot tapi kena tolak admission fee. Kalau credit/debit card takde admission fee tapi lambat dapat balik. Ada kata dah berbulan pun masih tak dapat refund. Jadi saya nasihatkan amek je cash tu. Ada lah dari takde ye dak?
4. Lepas dah dapat duit dan feeling kaya sekejap, dah boleh proceed check in luggage untuk barang-barang tadi.
12. Q: Pergi masa winter ni tak sejuk ke? Nak pakai baju macam mana?
A: Nama pun musim sejuk kak. Kalau tak sejuk acano pulak kan? Setiap hari -3 celcius tu perkara biasa walaupun kami pergi bulan February penghujung winter. Salji randomly turun tetengah jalan siang-siang buta, hujan tak payah cakap lah.
Jadi, untuk sesiapa yang pergi masa winter (tak kisah pergi mana pun, saya rasa tips ni applicable).
a. LAYERS. Tak perlu bawak sweater banyak-banyak. Yang penting pakai baju berlapis-lapis. Masa ni perut berlapis tak function sangat, kita kena tambah dengan baju. Lapisan t-shirt nipis yang banyak lebih panas dari satu lapisan tebal winter coat. Ingat satu lagi, the only pakaian tebal yang boleh bawak adalah winter coat. ITU SAHAJA.
b. Beli winter coat yang kalis air. Kat sana random hujan jadi beli winter coat yang kalis air. Biar buruk tapi berguna dari stylista tapi hampeh. JANGAN beli kat Malaysia. Kalau beli pun, beli bundle dulu, kat sana bersepah kedai jual. Range harga tak sampai RM300 untuk jacket yang decent. Tips: Zara punya winter coat sangat murah.
c. Beli heat pack kat Daiso. Dia ada dua jenis. Hand warmer dan body warmer. Hand warmer tu kecik sikit, dia tak melekat buat pegang kat tangan je. Saya cadang beli body wamer tu, dia jenis tampal kat baju. Sangat berguna!
d. Beli heat-tech atau long john. Heat-tech kat UNIQLO antara yang termurah dan sangat berguna. Memang rasa beza bila pakai dan tak pakai.
e. Kasut sangat penting. Tak payah pakai boot, buat berat dan mahal. Pakai je sport shoes tapak tebal sikit, dan spray siap-siap dengan water repellent supaya kalis air. Saya beli spray tu di Bata je harga belas-belas ringgit dan spray seberapa banyak layer sampai bosan. Kat Stadium(KLCC) pun rasanya ada jual tapi tak ingat brand apa. Alhamdulillah pakai Bata pun sebulan tu masih kalis air.
Itu sahaja saya mampu share setakat ini. Moga bermanfaat!
Big Ben, London
Charles Bridge, Prague. Atas belah kanan atas bukit tu Prague Castle.
East Side Gallery. Sebahagian tinggalan Berlin Wall yang memisahkan East dan West Berlin.
Barcelona sangat sangat best dan cantik. Antara semua tempat, saya rank Barcelona nombor 1. Cuaca sangat baik dah suhu belas2 degree sahaja.
Charles Bridge, Prague. Saya lebih suka Charles Bridge dari Chain Bridge di Budapest.
Duomo Cathedral di Milan. Milan n tak banyak benda best melainkan kalau niat memang nak menabur duit. 4 hari kami di sana, 4 hari hujan. Winter coat kalis air dan jangan lupa spray kasut dengan water repellent!
Memorial Of Murdered Jews. Tugu peringatan yang dibuat untuk memperingati pembunuhan jutaan orang yahudi oleh Adolf Hitler. Bawah ni takde mayat pun.
Park Guell di Barcelona.Kalau sampai Bacelona tolong singgah sini. Kena lalu kawasan berbukit sikit tapi sumpah cantik. Ada kawasan kena bayar, ada kawasan free. Free pun dah cantik!
Notre Dame, Paris. Paris ni bandar yang kalau kita sesat pun takpe pasal cantik. Tapi, mahal dan kotor. Metro bau kencing dan tahi anjing bersepah.
Old Trafford Stadium Tour. Ticket 18 Pound seorang kalau tak silap. Kalau tak nak masuk tapi nak beli souvenir, kat depan tu ada Mega Store.
Plaza Emmanuel di Milan. Siapa duit berkepuk bolehlah shopping kat sini. Dah shopping jangan lupa claim VAT!
Sagrada Familia di Barcelona. Masih lagi dalam pembinaan.
Kalau dah sampai sini, boleh naik ke top floor Eiffel Tower. Harga ticket dalam 15 euro kalau tak silap. Beli online!
– Siakap Keli
BACA: Mahu Mengembara Ke Eropah, Tapi Mempunyai Bajet Yang Sederhana? Tidak Perlu Risau, Ikuti 23 Tip Ini Dan Anda Sudah Boleh Ke Eropah
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmdw3F
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment