Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bournemouth, United Kongsi Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bournemouth, United Kongsi Mata

PAUL Pogba diasak pemain Bournemouth, Ryan Fraser. – Foto Reuters

MANCHESTER: Kelab Manchester United gagal menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri apabila diikat 1-1 oleh Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di sini, sebentar tadi.

United bermula baik apabila mendahului permainan menerusi Marcos Rojo yang menolak masuk hantaran Antonio Valencia pada minit ke-23.

Bagaimanapun Bournemouth mendapat sepakan penalti pada minit ke-39 dan Joshua King mudah menewaskan David De Gea untuk menyamakan kedudukan.

Tuan rumah berpeluang mendahului pelawat pada minit ke-72, namun Zlatan Ibrahimovich gagal menyudahkan sepakan penalti. Dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Namun perlawanan itu dicemari dengan insiden pemain Bournemouth, Tyrone Mings memijak kepala Ibrahimovic. Penyerang United itu kemudian membalasnya dengan menyiku lawannya sejurus selepas itu ketika aksi memasuki minit-minit akhir babak pertama.

Kedua-dua pemain bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan, sebaliknya pemain Bournemouth, Andrew Surman yang membuat aduan selepas itu dikenakan kad kuning kedua, sebelum dibuang padang. – AGENSI

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mQNrrj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.