Irfan Kecewa Aksi Falcone
FREDERICO Falcone. – Foto Rozainah Zakaria
KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim kecewa dengan prestasi penyerang importnya, Federico Falcone ketika menang 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Katanya, penyerang kelahiran Argentina itu seharusnya lebih berani mengawal bola dan melakukan percubaan.
“Saya akui kecewa dengan persembahan Falcone kerana sebagai seorang penyerang tulen, dia harus lebih berani mengawal bola, bukannya terburu-buru membuat hantaran.
“Saya lihat ada gerakan berbahaya dilakukan pemain ke kubu pelawat, tetapi Falcone gagal memainkan peranan. Bagaimanapun, saya lega tiga mata berjaya dikutip,” katanya.
Dalam perlawanan itu, skuad Penyu terpaksa menunggu pada minit ke-83 untuk memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Issey Nakajima Farran.
Mengulas lanjut, pengendali berusia 66 tahun itu berkata, beliau tidak kisah hanya mampu mencatat kemenangan tipis menerusi sepakan penalti kerana yang lebih penting adalah tiga mata penuh bagi mengelak jurang lebih besar dengan pendahulu liga Negeri Sembilan.
“Saya lihat pemain juga cepat keletihan, kerana saya menurunkan kesebelasan sama ketika menentang Perlis, Selasa lalu.
“Selepas ini, kita mengharungi pusingan ketiga Piala FA menentang T-Team pada 11 Mac ini dan pemain akan diberikan cuti sehari sebelum kembali menyambung latihan untuk aksi kalah mati ini,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m7vSFn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment