Durakovic Puas Hukum Selangor Di Selayang
PEMAIN Selangor, Juliano Mineiro Fernandes (kanan) diasak pemain Perak, Shahrul Mohd Saad dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Selayang. – Foto Luqman Hakim Zubir
SELAYANG: Mehmet Durakovic akhirnya merasai kemenangan pertama dalam tiga perlawanan selaku pengendali Perak selepas anak buahnya menundukkan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Lebih manis, tiga mata pertamanya bersama The Bos Gaurus dikutip daripada bekas pasukan yang ‘membuangnya’ dua tahun lalu, selepas pengendali Australia itu sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan pertamanya sebelum ini.
Keputusan ini membolehkan Perak melonjak ke tangga keempat liga dan berkongsi mata bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), namun dibezakan menerusi jumlah jaringan gol manakala momentum empat perlawanan tanpa kalah The Red Giants tersekat di laman sendiri.
Perak memberi petanda awal betapa mereka turun untuk membawa pulang tiga mata penuh apabila membuka permainan kemas dan meyakinkan apabila menguji gawang Selangor seawal minit kelima menerusi percubaan leret Yashir Pinto yang tepat ke dakapan Khairul Azhan Khalid.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan kemudiannya mengambil pendekatan untuk bertahan dan mereka dilihat lebih berhati-hati dengan beberapa sepakan percuma yang diperoleh gagal dimanfaatkan.
Selangor memperoleh percubaan tepat pertama menerusi Juliano Mineiro pada minit ke-31 tetapi langsung tidak mencemaskan Mohd Hafizul Hakim di pintu gol Perak.
Perak mengasak pada minit akhir babak pertama menerusi tandukan Faton Toski dan percubaan jauh Shahrul Saad namun mereka tetap gagal memecah kebuntuan.
Selangor kembali menemui ‘naluri’ menyerangnya pada babak kedua apabila mengasak kubu lawan bertubi-tubi tetapi hanya hantaran lintang melencong Raimi Md Nor yang nyaris memecah kebuntuan tetapi Hafizul lebih tangkas menepis keluar bola pada minit ke-56.
Anak buah Durakovic memperoleh kelebihan besar ‘dua dalam satu’ apabila Ugo Ukah diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua akibat memegang bola dalam kotak penalti dan sepakan penalti mudah disempurnakan penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak untuk gol tunggal pada minit ke-66.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mpEEQ5✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment