Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siasatan SPRM Bukan Bertujuan Politik – Shahrir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siasatan SPRM Bukan Bertujuan Politik – Shahrir

Spread the love

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan skandal rasuah dan penyelewangan hartanah di Johor, bukanlah bertujuan politik.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia sebaliknya membawa mesej jelas bahawa segala tindak-tanduk rakyat termasuk kakitangan kerajaan selama ini sebenarnya ‘berada dalam pemerhatian.’

“Ini merupakan mesej. Jangan fikir SPRM tidak memerhati, rakyat biasa tidak memerhati dan pegawai-pegawai dalam organisasi tidak memerhati.

“Jadi, jangan cuba-cuba hendak buat. Bila kena tangkap, tanggunglah sendiri,” kata beliau sebagai mengulas siasatan kes itu di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru Sesi 2017 di Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Shahrir berkata beliau percaya isu itu akan diputarbelitkan oleh pembangkang menjelang pilihan raya umum namun beliau yakin sokongan rakyat kepada kerajaan negeri pada asasnya tidak terjejas.

“Saya tidak fikir terjejas (sokongan) kerana apa yang mustahak, tindakan itu bukan bertujuan politik. Sama seperti orang cakap mengenai Felda baru-baru ini yang mana bekas pengarah besar dan timbalan pengarah besarnya telah pun didakwa pecah amanah dan bersubahat.

“Dalam kes ini, penyiasatan dan tindakan itu sebenarnya telah bermula dalam Felda sendiri kerana sebagai agensi yang sudah lama ditubuhkan, ia mempunyai urus tadbir.

“Kemudian, diadakan pula siasatan oleh pihak syarikat akauntan, syarikat perundangan yang dilantik dan hasil penyiasatan dalaman itu dibentang kepada Ketua Audit Negara sebelum SPRM membuat tindakan susulan,” katanya.

Pada 24 Feb lepas, enam individu termasuk anak dan pegawai khas kepada pegawai kerajaan negeri ditahan oleh SPRM kerana skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

SPRM juga membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta dan merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM500,000 termasuk mata wang asing serta dokumen untuk membantu siasatan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGRUve

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.