Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyerang Perlu Lebih Berani, Yakin – Irfan Bakti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyerang Perlu Lebih Berani, Yakin – Irfan Bakti

KUALA TERENGGANU: Persembahan hambar barisan serangan Terengganu terutama Federico Matias Falcone ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jelas mengecewakan jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim.

Bagi Irfan Bakti, jentera penggempurnya masih kurang berkeyakinan sehingga tindakan penyudah mereka menjadi tumpul, sekali gus menyukarkan peluang mencari jaringan.

Menurutnya, barisan serangan seharusnya lebih berani dan yakin dalam setiap gerakan bagi menghasilkan gol.

“Saya kecewa terutama dengan Federico kerana sebagai penyerang, dia seharusnya lebih berani dan yakin. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas aksi menentang ATM, di sini malam tadi.

Dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, Terengganu menewaskan ATM 1-0 menerusi sepakan penalti Issey Farran Morgan Nakajima pada minit ke-83.

Irfan Bakti mengakui skuad itu perlu bekerja lebih keras lagi bagi membolehkan pasukan berada pada kedudukan terbaik.

“Kita akan terus memperbaiki kelemahan dalam pasukan dan mempertingkatkan mutu permainan,” katanya.

Pada masa sama, Irfan Bakti berkata dia tetap berpuas hati dengan tiga mata yang diperoleh pasukannya malam tadi.

“Tiga mata ini sangat penting…kemenangan ini sangat bermakna untuk pasukan,” katanya.

Terengganu kini menghuni tangga kedua liga dengan mengumpulkan 18 mata selepas bermain lapan kali, tiga mata di belakang Negeri Sembilan yang bermain kurang satu perlawanan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGCDKL

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.