Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3,000 Unit Rumah Kuota Bumiputera Ditukar Status Ke Lot Antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3,000 Unit Rumah Kuota Bumiputera Ditukar Status Ke Lot Antarabangsa

JOHOR BAHRU: Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pertukaran itu, kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).

Hasil itu merupakan bayaran pemaju kepada kerajaan negeri yang ditetapkan bagi pemohonan pertukaran status hartanah di negeri ini, katanya.

“Ia melibatkan rumah yang harganya lebih daripada rumah mampu milik tetapi kebanyakannya rumah mahal dan mewah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Katanya lagi, pelepasan penukaran status hartanah turut dilakukan di negeri lain namun prosedurnya berbeza.

“Selain itu, negeri lain seperti Selangor juga amalkan konsep pelepasan lot Bumiputera, jadi pembangkang tak boleh nak salahkan Johor kerana semua negeri laksanakannya,” kata Mohamed Khaled.

Justeru, beliau menegaskan pertukaran status itu tidak melibatkan RMMJ sekali gus menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan penukaran status itu melibatkan RMMJ.

Tambahnya, jika wujud ketirisan, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m7dIU2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.