Hi! Welcome Back and Stay Tune! KOM Tetap Bangga Catatan Zaidatul Husniah Di Pretoria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KOM Tetap Bangga Catatan Zaidatul Husniah Di Pretoria

PELARI pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli selepas melakukan larian dalam acara 100 meter saringan ketiga di Stadium Olimpik sempena Sukan Olimpik Rio. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), tetap bangga dengan pencapaian Zaidatul Husniah Zulkifli yang mencatat 11.35s dalam acara 100 meter pada Kejohanan AGN League 7, di Pretoria, Afrika Selatan, hari ini.

Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata pencapaian itu adalah satu catatan peribadi yang membanggakan, apatah lagi selepas skuad olahraga negara mengalami beberapa masalah sebelum bertolak ke Afrika Selatan.

Meskipun tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kebangsaan, KOM berharap Zaidatul dapat memecahkan rekod sepanjang 60 hari menjalani latihan di luar negara menjelang temasya Sukan SEA.

“Kita tidak boleh ambil catatan itu (11.35s) sebagai rekod kerana mendapat bantuan angin selaju 2.5 saat, namun ia boleh dianggap sebagai catatan peribadi terbaik buat Husniah di sana (Afrika Selatan).

“Tapi saya harap sepanjang 60 hari berada di luar negara, skuad olahraga negara mampu untuk melakar kecemerlangan dengan memecahkan rekod kebangsaan.

“Untuk sesuatu rekod itu disahkan sebagai rekod kebangsaan, tiupan angin perlu di bawah 2.0 saat namun saya dimaklumkan tiupan angin lebih daripada itu ketika perlumbaan.

“Walaupun ini baru kejohanan pertama, semuanya berjalan lancar, atlet dan jurulatih juga gembira dan saya ucapkan terima kasih semua pihak termasuklah Majlis Sukan Negara (MSN) kerana membantu kita menghantar atlet berlatih di Afrika Selatan,” kata Karim ketika dihubungi BH Online.

Sementara itu, ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas mengulas mengenai catatan itu berkata sebarang keputusan dan pengesahan mengenai rekod kebangsaan perlu dinanti sehingga keputusan rasmi dikeluarkan.

Zainal menegaskan dia tidak mahu isu yang menimpa Badrul Hisyam Abdul Manap berulang.

Badrul yang merakam 10.29s dikatakan sudah memecahkan rekod kebangsaan milik Watson Nyambek (10.30s) di temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei pada November 2015 dalam acara 100m, namun kemudian tidak diiktiraf angkara penganjur tidak menggunakan alat penyukat kelajuan angin.



Untuk rekod, seramai 11 atlet negara menjalani latihan dan pertandingan di Afrika Selatan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m7HlVc

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.