PKNS, Pulau Pinang Seri Di Shah Alam
PEMAIN PKNS FC, Patrick Ronaldinho (kiri) diasak pemain Pulau Pinang, Andrew James Russel dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Shah Alam. -Foto Luqman Hakim Zubir
SHAH ALAM: PKNS FC dan Pulau Pinang berkongsi satu mata aksi Liga Super di Stadium Shah Alam petang tadi, apabila perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
Skuad tuan rumah kendalian E Elavarasan berpeluang mendahului permainan di minit ke-12 selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun Matias Hadwa yang mengambil sepakan berkenaan gagal menyempurnakannya.
Bagaimanapun Hadwa menebus kegagalannya dengan mencetus gol pembukaan PKNS FC apabila hantarannya ditanduk masuk Patrick Ronaldinho pada minit ke-27.
Pulau Pinang yang baru mengutip satu mata dalam saingan Liga Super musim ini, mengutip mata keduanya hasil jaringan Nigel Dabingyaba pada minit ke-52.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDaLvR✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment