Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kita Sama-sama Melayu, Kenapalah Perlu Dengki Dan Busuk Hati? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kita Sama-sama Melayu, Kenapalah Perlu Dengki Dan Busuk Hati?

Selama lebih sebulan, sebuah pemilik sebuah kafe menjadi bingung apabila tanaman hiasan yang diletakkan di hadapan premisnya di Kota Bahru telah dirosakkan secara misteri tanpa diketahui puncanya.

Yakin ianya bukan disebabkan oleh gangguan makhluk halus, pemilik kafe ini kemudiannya bertindak untuk memasang sebuah kamera CCTV di hadapan premisnya itu bagi merakaman sebarang kejadian yang pelik pada waktu malam.

Nyata tindakannya itu membuahkan hasil apabila kamera litar tertutup yang dipasangnya itu berjaya merakam aksi seorang lelaki yang dipercayai melakukan aktiviti khianat dengan mengsabotaj perniagaannya dengan merosakkan tanaman hiasan yang diletakkan di hadapan premisnya itu.

Kecewa dengan penemuannya itu, pemilik Big Bites Cafe ini kemudiannya telah memuatnaik rakaman CCTV tersebut dan turut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap perbuatan lelaki tersebut di laman Facebook beliau :

“Kes kali ini, tanaman hiasan di depan kafe dirosakkan. Bukan murah empat pokok hiasan besar ini,” tulisnya.

“Sudah ada beberapa kes ada pihak yang dengki dengan kami, sabotaj kafe kami, sedangkan kami bersaing secara sihat, tak kacau orang, bisnes orang.

“Memang nampak maju dan setiap hari kafe penuh, tetapi itu rezeki yang Allah bagi. Kita sama-sama Melayu, kenapalah perlu dengki?

“Kes sebelum ini ada yang siap guna benda-benda ‘mistik’ lagi, benda-benda khurafat gini terkeluar dari iman. Na’uzubillah. Tak payahlah dengki. Kita sama-sama mencari rezeki di bumi Allah ini,”

[embedded content]

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJfAzB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.