Adib Ungguli Ujian Masa CP150
MUHAMMAD Adib Rosley.- Foto Khairull Azry Bi
TEMERLOH: Mohd Adib Rosley mencipta kejutan pada minit terakhir apabila berjaya mengungguli sesi ujian masa kategori CP150 pada hari pertama Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berlangsung di Temerloh, Pahang, hari ini.
Penunggang Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mencatat masa terpantas 43.552s, hanya 0.001s di hadapan Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mencatat 43.523s, diikuti juara CP130, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 43.588s.
Kasma sebelum itu mencatat masa terpantas 44.604s pada sesi latihan bebas pertama manakala Zaqhwan menguasai sesi latihan bebas kedua dengan masa 43.886s dalam kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini.
“Saingan kategori CP150 ini agak mencabar kerana jentera yang berkuasa lebih tinggi agak sukar untuk dikawal. Catatan masa juga sangat hampir dan saya jangkakan perlumbaan akhir nanti sengit dan mencabar.
“Untuk perlumbaan akhir nanti, saya akan cuba yang terbaik untuk menamatkan perlumbaan di atas podium,” kata Adib.
Dalam saingan kelas CP115, juara musim 2016, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul penunggang terpantas dengan masa 45.012s, diikuti dua wakil Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez dan Tengku Amirul Haffirudin, masing-masing dengan catatan 45.289s dan 45.535s.
Sementara itu dalam kategori Wira KBS, gandingan penunggang Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Anuar Ibrahim Pawi dan Saiful Azhary Muhamad bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama dan kedua selepas masing-masing mancatat masa terpantas sesi Shootout 45.486s dan 45.885s, diikuti Md Afizi Supaat dengan masa 46.412s.
Keputusan:
Wira KBS
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 45.486s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 45.885s
3 Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 46.446s
4 Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha 46.456s
5 Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 46.725s
Keputusan Ujian Masa:
CP150:
1 Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 43.522s
2 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 43.523s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 43.588s
4 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) Yamaha 43.723s
5 Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 43.927s
CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 45.012s
2 Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 45.289s
3 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 45.535s
4 Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 45.571s
5 Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 45.673s
ShootOut:
Wira KBS
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 45.486s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 45.885s
3 Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 46.446s
4 Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha 46.456s
5 Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 46.725s
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lHuztb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment