Hi! Welcome Back and Stay Tune! Produk Penjagaan Kulit Halal Jepun Kini Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Produk Penjagaan Kulit Halal Jepun Kini Di Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR – Momohime, rangkaian barangan penjagaan kulit halal yang diperbuat secara eksklusif di Jepun, kini dilancarkan di Malaysia.

Pelancaran produk itu diadakan sempena ulang tahun pertama Momohime, dan Kuala Lumpur dipilih berdasarkan kedudukan strategik sebagai pintu masuk ke pasaran pesat berkembang bagi industri kesihatan dan kecantikan.

Momohime, bermaksud “puteri yang cantik” dalam bahasa Jepun, diimport oleh PBJ International Sdn Bhd yang diterajui sepasang suami isteri, Mariya Kobayashi dan Umar Kobayashi.

Rangkaian produk itu menggunakan buah pic sebagai bahan utama dan dijamin tidak mempunyai bahan daripada binatang, alkohol, bahan daripada minyak atau pewarna dalam proses pembuatannya.

Majlis pelancaran Momohime di sini disaksikan Setiausaha Pertanian, Perhutanan, Perikanan dan Alam Sekitar Kedua di Kedutaan Jepun di Malaysia, Michiko Nishikawa serta Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur, Akira Kajita.

Pengarah PBJ International, Umar berkata formula, produk dan pembungkusan Momohime menggunakan peralatan terkini dan dihasilkan mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) di kilang yang mendapat pensijilan ISO 9001 di Jepun.

Tumpuan produk itu adalah menyediakan pilihan dan penyelesaian penjagaan kulit kepada wanita Islam di seluruh dunia.

Syarikat tersebut memilih untuk melancarkan Momohime di Malaysia sebelum di pasaran Asia lain seperti Indonesia, susulan jumlah penduduk Islam yang besar.

Sementara itu, semasa pelancaran tersebut, Mariya berkata: “saya yakin dengan penjualannya di Malaysia memandangkan produk ini sesuai kepada pengguna di sini susulan faktor cuaca”.

Momohime turut dipromosikan di Rusia dan Turki, dan kini boleh didapati di Indonesia dan Singapura melalui rangkaian beli-belah dalam talian dan rakan kongsi tempatan.

Ia telah mendapat kelulusan berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan diperakui halal oleh Amanah Islam Jepun (JIT), yang mempunyai kerjasama strategik dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jenama itu terdiri daripada rangkaian asas penjagaan kulit yang dijual pada harga antara RM88 dan RM178.

Ketika ini, ia hanya boleh didapati melalui dalam talian, dan akan dijual di outlet runcit terpilih tidak lama lagi.

Momohime akan dipromosikan di pameran perdagangan dan pengguna di seluruh negara bagi mengukuhkan lagi penjenamaan halalnya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmK25P

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.