Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Tolong Jaga Adab Anak Anda Di Tempat Awam' – Doraeloq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Tolong Jaga Adab Anak Anda Di Tempat Awam' – Doraeloq

“Tolong jaga adab anak anda ddekat public, jangan sampai menyusahkan orang lain,” demikian teguran seorang pengguna Facebook bernama Doraeloq semalam mengenai tindakan seorang kanak-kanak berlakuan biadab terhadap dua penumpang wanita di sebuah bas eskpress. 
Video dimuat naik Doraeloq berdurasi 45 saat itu menunjukkan kanak-kanak lelaki berkenaan berdiri dan menghadap dua penumpang wanita muda di belakangnya serta cuba menarik langsir di belakang. 
Bagaimanapun, penumpang berkenaan menghalangnya berbuat demikian menyebabkan kanak-kanak terbabit mula meludah mereka sebanyak 14 kali. 
Kedua-dua wanita itu kemudian cuba melindungi diri menggunakan langsir dan tangan daripada terkena air ludah kanak-kanak terbabit sebelum salah seorangnya cuba memaklumkan kepada individu yang duduk di sebelah kanak-kanak itu dipercayai ibu bapanya, menegur perbuatan anaknya. 
“Ini kalau kena dekat aku, memang aku tampar mulut budak ini, dengan mak-mak dia aku tampar sekali. Eh bodoh, kalau tak tahu macam mana nak jaga anak, tak payah buat anak. Ini sah jenis buat anak sebab tak tahan kawan-kawan selalu upload gambar dah ada anak. Itu yang dia pun buat anak juga. Last-last anak jadi biada, sebab dapat mak bapak jenis tak bagi perhatian langsung,” tulis Doraeloq di Facebooknya, 21 jam yang lalu. 
Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa memang biasa budak-budak berperangai seperti itu tetapi tidak wajar dilempang kerana budak itu adalah anak orang lain. 
Sebaliknya, netizen bernama Ieeja Pinky menyarankan dua penumpang wanita itu sepatutnya mengadu pada ibu kanak-kanak berkenaan. 
“Kita tiada hak nak tampar anak orang. Dalam video ini, kakak dua orang itu penyabar kot, sebab itu dia tak marah, dia senyum sahaja. Korang marah budak-budak macam korang tak pernah jadi budak. 
“Masing-masing masa budak ada perangai tak senonoh masing-masing. Lainlah yang dah besar buat macam itu, memang patut kita tampar mulut dia sampai berdarah. Maaf, saya suka dan sayang budak-budak,” katanya. 
Bagi Pejal Ibrahim pula, “Jangan salahkan budak itu. Salahkan orang tua dia. Kau nak tampar dan sepak budak itu buat apa? Budak bawah umur 6 tahun, apa dia tahu? Dia tahu nak bermain saja. 
“Pesan pada ibu bapa dia. Kalau tak dengar, maknanya parentnya yang bermasalah. Itu saja,” katanya. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPQccu

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.