Selangor Tampil Dengan Jersi Baharu Malam Ini
PRESIDEN FAS, Datuk Subahan Kamal (belakang tengah) bersama barisan EXCO FAS serta wakil bekas pemain Selangor, Nazzab Hidzan (tengah depan) yang diapit wakil kelab peminat memperagakan jersi Selangor musim baru yang dilancarkan di Outlet Al Ikhsan berhampiran tol Batu 3. OSMAN ADNAN
SHAH ALAM: Pasukan Bola Sepak Selangor bakal menyarung jersi baharu tajaan Lotto pada aksi Liga Super menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.
The Red Giants akan mengenakan kelengkapan lengkap gelanggang sendiri berwarna merah kuning tradisi, dengan warna merah lebih dominan pada perlawanan itu dan ia diperkenalkan pada Majlis Pelancaran yang berlangsung di butik sukan Al-Ikhsan Batu Tiga, Shah Alam, sebentar tadi.
Selain jersi utama, dua lagi jersi gelanggang lawan ialah merah kuning dominan serta warna hitam.
PENYOKONG Selangor tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi Selangor musim baru yang dilancarkan di Outlet Al Ikhsan berhampiran tol Batu 3
Serentak dengan pelancaran jersi itu, penyokong boleh mendapatkan semua jersi rasmi berkenaan di kedai Al-Ikhsan sekitar lembah Klang.
Pengurus Besar Pemasaran dan Penjenamaan Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd, Khairul Syahar Khalid, berkata penjualan jersi Selangor dan barangan Lotto akan mengukuhkan lagi Al-Ikhsan sebagai pengedar barangan sukan terunggul di negara ini.
“Dengan adanya jersi Selangor ini, peminat dan penyokong boleh berkunjung ke cawangan Al-Ikhsan untuk mendapatkan jersi terbaru pasukan mereka, selain barangan sukan lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi Selangor, petang tadi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal menyifatkan tajaan Lotto untuk Selangor adalah kesinambungan positif buat pasukan, sekali gus membuktikan The Red Giants masih mampu menarik minat penaja untuk terus memberikan sokongan.
“Sudah saya katakan tahun 2017 adalah tahun mencabar buat Selangor, namun saya yakin pada 2018, Selangor akan bangkit untuk menjadi pasukan yang lebih kuat,” katanya.
Menggunakan tema #LegacyContinues, jersi Selangor itu dicipta untuk mengetengahkan perasaan bangga pemain setiap kali menyarung jersi Merah Kuning.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mpb5hm✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment