Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencarian MH370 Biaya Persendirian Disambut Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencarian MH370 Biaya Persendirian Disambut Baik

Spread the love

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan menyambut baik sebarang usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, dengan biaya persendirian.

“Siapa juga boleh tampil dan membantu…kami menyambut baik bantuan setiap orang, mencari MH370,” katanya kepada pemberita pada upacara memperingati MH370 anjuran Voice370, sebuah kumpulan pendukung para waris MH370 di sini hari ini.

Pada upacara itu, kumpulan itu memulakan kempen untuk mengadakan biaya altenatif bagi mencari pesawat Boeing 777 itu yang lenyap pada 8 Mac 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di dalamnya.

Berikutan perjanjian antara Malaysia, China dan Australia, diumumkan pada 17 Januari bahawa usaha mencari MH370 di dasar laut dihentikan selepas pencarian awal meliputi kawasan 120,000km persegi tidak menemukan kesan pesawat.

Liow berkata usaha mencari pesawat itu akan dilaksanakan semula jika terdapat bukti yang meyakinkan daripada pakar-pakar sebelum berpindah ke kawasan pencarian seterusnya.

“Kami menunggu pasukan pakar untuk memberi kami lebih banyak data.

“Namun, sebagaimana diputuskan sekarang, kami telah menggantung kerja-kerja mencari tersebut,” kata beliau. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mn0x1L

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.