Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Tigers Tampil Aksi Garang Di Dhaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Tigers Tampil Aksi Garang Di Dhaka

KUALA LUMPUR: Ketiadaan Faizal Saari dan Firhan Ashari tidak memberi kesan kepada skuad hoki negara apabila skuad kendalian Stephen Van Huizen itu mudah menjinakkan tuan rumah Bangladesh 3-0 pada aksi pembukaan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) di Dhaka, sebentar tadi.

Jaringan lewat permainan penggempur muda Malaysia Tigers, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi sudah cukup membuktikan dia sudah bersedia menggalas tugas lebih besar di pentas antarabangsa.

Ia adalah jaringan pertama penyerang pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu pada kejohanan berkenaan, selain gol peribadi keduanya di pentas antarabangsa selepas 14 kaps, sekali gus menamatkan kemarau tanpa gol dalam empat penampilan terakhirnya.

Terdahulu pada aksi di Stadium Hoki Maulana Bhasani itu, pemain tengah Marhan Abd Jalil tidak menunggu lama untuk meletakkan Malaysia di depan seawal minit kelima, menerusi gol padang.

Pakar flick negara, Razie Rahim mengukuhkan kedudukan itu empat minit selepas bersambung suku kedua apabila menyumbat gol kedua negara hasil penyudah kemas pukulan sudut penaltinya, sebelum gol minit ke-54 Nik Muhammad Aiman memastikan kemenangan bergaya buat Malaysia Tigers.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Malaysia yang hadir sebagai pasukan pilihan memperoleh tonik terbaik menjelang aksi kedua dengan Oman esok, selepas pasukan Timur Tengah itu membelasah Fiji 7-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.

Malaysia Tigers yang menduduki ranking ke-13 dunia dan diterajui kapten Sukri Mutalib perlu menewaskan Oman untuk mengesahkan tempat sebagai juara kumpulan sebelum meneruskan langkah ke peringkat suku akhir.

Hanya dua pasukan terbaik pada kempen WHL2 meraih tiket automatik ke Pusingan 3 WHL yang menjadi medan kelayakan terakhir untuk ke Piala Dunia 2018 London.

Keputusan:

Kumpulan A

Oman 7 Fiji 0

Malaysia 3 Bangladesh 0

Kumpulan B

China 7 Ghana 3

Mesir 6 Sri Lanka 2

Jadual esok:

Kumpulan A

Malaysia mln Oman, 3.45ptg

Bangladesh mln Fiji, 6ptg

*Semua aksi di Stadium Hoki Maulana Bhasani

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lpKP70

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.