Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairuddin: Asri setuju penzina, peminum arak disebat 100 kali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairuddin: Asri setuju penzina, peminum arak disebat 100 kali

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS menyambut baik mufti Perlis bersetuju Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 perlu dipinda agar kadar maksimum hukuman sebat dinaikkan kepada 100 sebatan.

Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Datuk Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju kadar maksimum hukuman sebat perlu ditingkatkan “sebagaimana tuntutan al-Quran dan sunnah.”

“(Sebanyak) 100 sebatan pula perlu dihadkan kepada kesalahan minum arak, qazaf dan zina sahaja,” katanya di Facebook hari ini.

Asri bagaimanapun tidak bersetuju dengan kadar maksimum 30 tahun penjara dan denda RM100,000, kata Khairuddin, tanpa menyatakan alasan dan hujah mufti Perlis.

“Adapun PAS mempunyai rasional dan hujah tersendiri,” kata Khairuddin.

“Namun, tulisan ini bukan ruang untuk perbahasan tersebut.”

Kenyataan dikeluarkan selepas pertemuan antara mereka di kediaman Asri di Kangar, Perlis semalam.

Asri di Facebook semalam berkata mereka berbincang selama 2 jam untuk memahami sudut pandang masing-masing, selepas pertikaian antara mereka mengenai rang undang-undang meminda Akta 355 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan ini.

Tahun lepas, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden PAS mengemukakan usul meningkatkan kadar hukuman maksimum kesalahan syariah daripada 3 tahun penjara kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan 6 sebatan kepada 100 sebatan.

Berkenaan pindaan itu, Asri dalam ulasannya di Malaysiakini hari ini menjelaskan beliau hanya membantah kewajaran 30 tahun penjara dan denda RM100,000.

Ini kerana kesalahan syariah di Malaysia adalah terbatas dan sebahagiannya bersifat undang-undang yang boleh dipolemikkan dan boleh bersifat sektarian.

“Ini seperti poligami tanpa izin, ceramah tanpa tauliah, pandangan agama yang menyanggahi fatwa negeri,” kata Asri.

“Hal ini boleh disalahgunakan jika tidak berhati-hati,” tambahnya, yang pernah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mengajar tanpa tauliah pada 2009.

“Maka, kenapa jika betul nak buat hukum yang ada secara jelas dalam Quran dan hadis; perlu ditambah 30 tahun penjara dan RM100,000 denda?” soal Asri.

Sementara itu, Khairuddin berkata perincian kepada hukuman syariah yang dicadangkan itu akan ditentukan di pihak kerajaan negeri menerusi dewan legislatif masing-masing.

“Akta 355 hanyalah ‘akta ibu’ yang akan membuka laluan kepada negeri untuk membuat sebarang perubahan dalam enakmen sedia ada, berdasarkan keperluan dan tentunya mesti mendapat perkenan daripada sultan di negeri masing-masing,” katanya.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post Khairuddin: Asri setuju penzina, peminum arak disebat 100 kali appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m5pLj5

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.