Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Siling Bahan Bakar Diumum Setiap Minggu Mulai April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Siling Bahan Bakar Diumum Setiap Minggu Mulai April

BATU KURAU: Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, ia merupakan pendekatan baharu supaya pengguna lebih jelas mengenai turun naik harga bahan api semasa.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.

“Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Kebangsaan Bagan Bharu di sini, hari ini.

BACA: Kerajaan pertimbang tetapkan paras siling bagi harga minyak – Johari

BACA: BN perjelas kenaikan harga minyak, minta pembangkang usah ‘kelirukan rakyat’

Katanya, terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan bagi memastikan tiada sesiapa ketinggalan daripada mengetahui harga siling semasa melalui pendekatan yang ditetapkan kerajaan itu.

Hamzah, yang juga anggota Parlimen Larut, berkata penetapan harga siling bahan api oleh kerajaan adalah bertujuan mengelak bahan api itu dijual melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara.

“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada mahu menurunkan harga, atau bagaimana cara mereka nak (laksanakan) kempen (promosi) supaya orang datang (membeli) di stesen minyak mereka, termasuk menawarkan insentif,” katanya.

Mengenai permintaan Persatuan Peniaga-Peniaga Petroleum Perak (PPDA) supaya kerajaan tidak melaksanakan mekanisme harga siling, Hamzah berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu semalam.

“Mereka menuntut beberapa penambahan dari segi margin (komisyen) yang selama ini diberi kepada mereka
“Itu permintaan mereka, sama ada kerajaan bersetuju atau tidak kita akan mengambil kira segala yang mereka mohon daripada kerajaan,” katanya.
— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lHDcUv

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.