Penerima BR1M itu bukan pengsan, jelas exco
Exco Perlis Jafperi Othman menafikan terdapat insiden penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang pengsan semasa ia diedarkan di negeri itu semalam. Sebaliknya, pengerusi jawatankuasa kesihatan negeri itu berkata, penerima itu hanya pening kepala kerana tidak mengambil sarapan pagi.
“Dia bukan pengsan, dia cuma pening sebab tak makan.
“Dan ia bukan isu untuk dijadikan berita,” kata Jafperi ketika dihubungi.
Semalam, gambar seorang wanita diusung oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) beredar di Internet.
Dia dikatakan pengsan selepas terperangkap dalam kesesakan teruk semasa pengedaran bantuan itu secara manual.
Turut dipaparkan gambar motosikal terbalik dan orang ramai beratur untuk mendapatkan bantuan tunai itu.
Jafperi pun harap masuk akaun lepas ini
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Jafperi berkata beliau kesal dengan tindakan segelintir pihak yang begitu cepat menyebar luaskan berita yang belum tentu kesahihannya.
“Tapi orang ramai ini biasalah semua nak ditularkan.
“Kita harap selepas ini biarlah ia dimasukkan terus ke dalam akaun bagi memudahkan semua pihak,” kata Jafperi.
Isu pengedaran wang secara manual di Perlis tahun ini pernah dipertikaikan oleh PKR Perlis atas alasan menyusahkan orang ramai.
Pengerusinya Mohammad Faisol Abd Rahman membangkitkan siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan itu kerana Menteri Besar Azlan Man sendiri berkata ia bukan keputusan negeri.
Azlan pada 23 Februari lalu bagaimanapun tetap meminta maaf atas kesulitan penerima.
Seramai 52,212 mula menerima bantuan itu secara berperingkat, bermula semalam mengikut parlimen.
Sumber :
– http://ift.tt/2mmm4ru
The post Penerima BR1M itu bukan pengsan, jelas exco appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lH3mXu✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment