Hi! Welcome Back and Stay Tune! AWAS, KEJARA Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Apr Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AWAS, KEJARA Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Apr Ini

Implementasi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang telah ditangguhkan beberapa kali, bakal dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 1 April ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, laporan Bernama

“Kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat. Tahun lepas sahaja, angka kemalangan terutamanya kemalangan maut yang kita harapkan menurun, meningkat sehingga 10 peratus,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Dengan pelaksanaan gabungan dua sistem berkenaan, Ab Aziz berkata ia sekali gus menunjukkan kerajaan sangat serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut.

Pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata demerit serta diberi amaran manakala kesalahan kedua akan disaman dan sekiranya masih lagi melakukan kesalahan, lesen memandu mereka akan digantung.

Selain itu, apabila dua sistem itu diselaraskan, pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik.

Pelaksanaan kedua-dua sistem itu juga akan turut memberi tumpuan terhadap kesalahan lalu lintas melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dibenarkan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDayJg

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.