'Alahai, Tak Sabarnya Kau…'
BUKIT SELAMBAU, KEDAH – Seorang lelaki bernama Arun Ponan memuat naik video yang menunjukkan seorang lelaki menimbulkan huru hara dan bertindak agresif di sebuah klinik kesihatan kerana rakannya telah menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
Dalam kejadian lebih kurang jam 2 petang semalam di Klinik Kesihatan Bukit Selambau, lelaki terbabit telah merakam video dan menceroboh masuk ke dalam bilik serta memarahi kakitangan klinik yang didakwanya tidak berada di tempat semasa waktu bekerja, selain mendakwa mereka membiarkan pesakit menunggu lama.
Difahamkan, lelaki yang tidak dinamakan itu datang membawa rakannya yang cedera di kaki kiri akibat tertusuk besi, untuk mendapatkan rawatan.
Apabila viral video maki hamun terhadap penjawat awam, maka berbondong-bondonglah keyboard warrior datang memhentam sama. Hari ini viral 2 klip video daripada tukang rakam yang tidak diketahui identiti kononnya mengaku sebagai Inspektor Kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut video, tukang rakam ini telah menerjah kaunter pendaftaran, kaunter farmasi dan bilik pemeriksaan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) pada jam 2.49 petang kononnya telah menunggu lama tanpa sebarang perhatian. Malah dia turut merakam pesakit-pesakit lain yang kelihatan tidak senang dengan tindakannya.
Mengikut sumber, tukang rakam ini membawa seorang pesakit yang cedera pada jam 2.05pm dan telah didaftarkan serta merta di kaunter pendaftaran. Selepas 10 minit, pesakit telah diberi rawatan awal dan cucian luka. Kemudian kes dilihat oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan (MO).
Selepas beberapa minit, pada jam 2.49pm, tukang rakam ini telah bertindak agresif dan membuat kecoh di dalam klinik seperti yang dapat dilihat dalam klip video tersebut. Tukang rakam ini telah menceroboh ruang dalam klinik tanpa kebenaran dan memaki hamun staf.
Menurut sumber, pihak klinik telah pun menenangkannya agar membuat aduan rasmi di saluran yang betul dan memberi penjelasan tentang situasi staf yang ada pada waktu tersebut namun tidak diendahkan.
Ok, baca semula kronologi di atas dan analisa. Pesakit telah mendaftar jam 2.05pm dan telahpun diberi rawatan awal, cucian luka serta dilihat oleh PPP dianggarkan dari jam 2.15pm hingga 2.30pm. Tukang rakam pula telah mula agresif pada jam 2.49pm seperti yang dibuktikan oleh jam G-Shocknya dan berkata telah menunggu selama 1 jam.
1. Pesakit baru dirawat, dicuci luka dan dilihat oleh PPP ~20minit sebelum video dirakam
2. Tukang rakam pula menunggu 49 minit. Adakah penat menemani rakan yang sedang sakit?
Penjawat awam tidak semestinya sentiasa betul, namun cubalah gunalah saluran rasmi yang betul untuk membuat aduan bagi tindakan penambahbaikan. Anda bebas membuat aduan rasmi, bukannya bertindak agresif merakam video dan memaki hamun sehingga menimbulkan rasa terancam dalam diri staf dan pesakit lain yang sedang menunggu.
Apapun, telah banyak kali terbukti bahawa viral yang memburukkan staf kesihatan biasanya hanyalah fitnah sebelah pihak yang kemudiannya dengan mudah mohon maaf lalu deactivate fb serta merta. Mudahnya mereka.
Alangkah baiknya jika undang-undang mengganggu tugas penjawat awam dikuatkuasakan agar pihak agresif yang bertindak sesuka hati ini dipungut oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan pendakwaan jika cukup bukti.
Sampai bila penjawat awam akan terus dijadikan punching bag oleh pelanggan kaki buli? Jawapannya, selagi mereka tidak dilindungi sepenuh hati. Inilah hazad pekerjaan yang sering dipandang sepi dalam kebanyakan organisasi. Setuju?
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment