Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan berusaha memastikan tanah milik masyarakat Melayu di pusat-pusat bandar di negeri ini akan kekal dalam pemilikan mereka dan waris mereka.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata tanah itu kini kebanyakannya sudah bertukar tangan yang menyebabkan masyarakat itu kehilangan tanah bernilai tinggi dan peluang pelaburan.

“Saya mahu membantu masyarakat ini supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi. Sementara masyarakat Bumiputera lain seperti Iban, Bidayuh mempunyai Tanah Adat (NCR), masyarakat Melayu hanya mempunyai tanah di kawasan bandar dan subbandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan upacara pecah tanah projek pembangunan Hikmah Exchange, iaitu bangunan komersial setinggi 22 tingkat dilengkapi ruang pejabat dan pusat konvensyen di Jalan Haji Taha di sini, hari ini.

Projek membabitkan kos lebih RM300 juta di tapak seluas 1.47 hektar itu milik Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak (YHBS).

Ia akan dibangunkan oleh Permodalan Satok Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah (Hikmah), Pelita Holdings Sdn Bhd dan Faradale Development Sdn. Bhd.

Projek itu dijadual siap pada Oktober 2020.

Abang Johari berkata beliau akan mengkaji pendekatan sesuai untuk membantu masyarakat Melayu membangunkan tanah mereka di bandar bagi membolehkan ia terus terpelihara dan pada masa sama membantu mereka melakukan pelaburan yang baik.

Mengenai projek Hikmah Exchange, beliau berkata ia akan menjadi mercu tanda baharu di bandaraya ini dan kebanggaan masyarakat Melayu.

Katanya ia akan menjadi bangunan pintar atau digital pertama di negeri ini dengan bantuan Telekom Malaysia Berhad.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nL7WoD

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.