Hi! Welcome Back and Stay Tune! V Shem-Wee Kiong Perlu Segera Bangkit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

V Shem-Wee Kiong Perlu Segera Bangkit

PASANGAN beregu negara, Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong. – Foto BERNAMA

KUCHING: Jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan mahu anak didiknya, Goh V Shem-Tan Wee Kiong segera melupakan kegagalan tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia, sebaliknya kembali bangkit bagi merampas kembali status sebagai pasangan nombor satu dunia.

Gan berkata keinginan yang terlalu tinggi untuk melakar kemenangan menjurus kepada tekanan buat diri sendiri dan cara pemikiran berbeza menjadi punca kekalahan mereka di tangan beregu Hong Kong, Or Chin Chung-Tang Chun Man di pusingan pertama.

“Disebabkan keinginan untuk menang terlalu tinggi, ia menimbulkan rasa kurang selesa kepada mereka dan berlakunya kejutan. Bermain di laman sendiri sepatutnya memberi mereka kelebihan tetapi sebaliknya pula berlaku.

“Sebelum pulang daripada saingan Siri Super Akhir di Dubai, mereka tidak pernah tewas. Tetapi sekarang pada 2017, mereka terkandas di suku akhir Seluruh England dan seakan tidak boleh menerimanya.

“Perkara ini yang mengganggu dan menjejaskan permainan mereka kerana mereka anggap ia masalah besar.

“Mereka seharusnya tidak memikirkan mengenai perkara ini. Sebaliknya, mereka perlu terima setiap keputusan dan fokus kepada persiapan sendiri apabila menghadapi sesuatu kejohanan,” katanya.

Jurulatih itu berkata, kedua-dua pemain berkenaan perlu sentiasa berkomunikasi dan mempunyai cara pemikiran sama kerana ia bakal mempengaruhi aksi mereka di dalam gelanggang.

“Mereka perlu jelas dengan permainan, sentiasa berkomunikasi dan mempunyai fikiran yang sama. Terima segala-galanya dan jangan terlalu banyak berfikir,” katanya.

Perjuangan beregu lelaki negara di Stadium Perpaduan Negeri di sini, berakhir kelmarin apabila Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tumpas kepada Fu Haifeng-Zheng Siwei manakala Chooi Kah Ming-Low Juan Shen kalah kepada Chai Biao-Hong Wei dalam aksi pusingan kedua.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nkMxr3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.