Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Bukan Hak Milik Mutlak Seorang Isteri, Ubah ‘mindset’ Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Bukan Hak Milik Mutlak Seorang Isteri, Ubah ‘mindset’ Ini

Sejak kebelakangan ini, kemunculan laman-laman page confession di Facebook menjadi tumpuan pengguna untuk meluahkan apa yang tersirat dan terbuku di hati mereka selama ini.

Daripada hal-hal umum sehinggalah kepada masalah rumahtangga, kesemuanya diluahkan di laman-laman page ini menggunakan identiti anonymous supaya tidak dikenali.

Sekiranya diperhatian, terlampau ramai wanita yang memilih untuk menulis kisah hidup mereka di laman ini berbanding dengan lelaki. Tidak terkecuali para isteri-isteri orang yang makan hati dengan suami mereka.

Di antara kisah yang selalu dikongsikan semestinya kecurangan pasangan mereka yang bermain kayu tiga di belakang isteri.

Terbaca confession yang diluahkan oleh seorang isteri hari ini di laman IIUMC di mana isteri itu menyenaraikan pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka yang menjaga makan minum dan pakaian suami-suami mereka supaya suami nampak terurus dan terjaga.

Confession yang telah meraih ribuan likes ini telah menarik perhatian seorang pembaca yang kemudiannya telah meninggalkan komen yang berharga untuk wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana.

Satu je aku nak bgtau kat confessor ni..
Apa yg kau buat tu tanggungjawab dan kewajipan….
Tanggungjawab yang kau sendiri sanggup pikul ketika lafaz akad nikah sebagai ISTERI.

Tak payah ungkit… sbgaimana ko tak patut ungkit dgn Allah ttg ko solat, puasa, tutup aurat… sbb itu mmg tanggungjawab dan kewajipan kau sbgai HambaNya.

Satu lagi masa kahwin set dlm kepala jadi yg terbaik. Tp harus ingat… suami BUKAN hak milik mutlak seorang isteri. Midset ni yg buat ramai isteri yg meroyan sampai hilang maruah dan nampak bangang. Maaf… bahasa aku kasar sikit… tp aku tak suka pmpn lembik. Lelaki kalau dia nak kahwin… ko halang mcm mana pun… hakikatnya… hati dia dh berpaling pada yg lain.

Komen yang ditinggalkan oleh Siti Nordiana Bt Nordin pada 5 April ini telah 261 likes dan perhatian daripada pembaca-pembaca yang lain yang rata-ratanya menyokong dengan pandangan wanita Siti Nordiana ini.

Sebagai seorang yang bergelar suami isteri, seharusnya kedua-dua pihak tidak mengungkit dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah digalas kepada mereka setelah bergelar suami isteri.

Setujuuuuuu

Mengungkit tu lain

Bukan mudah untuk menjadi individu yang melawan arus ini dan seperti dijangka, terdapat segelintir pembaca lain yang tidak bersetuju dengan pandangan Siti Nordiana ini yang dilihat seperti mengutuk dan tidak memahami kesusahan dan kesukaran orang lain.

Meskipun dikecam oleh pembaca-pembaca yang tidak ‘sebulu’ dengannya, Siti Nordiana telah meninggalkan komen yang kedua bagi menjelaskan situasi sebenar.

Saya bercakap dari pengalaman sendiri dan kawan2. Jd jangan kata “tak kena lagi boleh la cakap”. Tp sy rasa mindset sy sejak kahwin buat sy terima setiap perkara lebih tenang dan siuman. Sbb tu bila ada kawan2 sy yg rebah… sy nak dowang bangkit… pandang kelebihan diri sendiri dan hargai diri kita. Kalau hati suami dh berpaling.. airmata darah boleh kembalikan dia pada kita. Kalau boleh…. adakah sama mcm dulu. Kau boleh lupa senang2 peristiwa tu? Sbb tu sy kata jgn jadi lembik. Lagi kau kuat…. lagi dia tercabar… kalau kita lembik dan rebah.. dia akan pk.. wow… dah la ada peminat sana sini… isteri aku sampai lembik takut kena tinggal. Itu ke yg kowang nak?

Tp cuba mindset ko… jadi yg terbaik. Jadi isteri biar terbaik. Give the best to your husband….kalau satu hari diduga hati dia berubah pada pmpn lain… let him be….. dia akan sedar…. he will never get any woman as best as you…. ever. Masa tu biar dia nangis airmata darah.

Bayangkan la kalau ko ni jenis berkira… gosok baju tak nak… masak tak nak… layanan zahir batin pun lebih kurang aje… atas alasan UAI kata tak wajib….. ko agak2 kalau laki ko jatuh cinta ngan org lain dan org baru tu buat serba serbi yg ko tak buat….. adakah dia akan mengenang kehebatan ko?

Kami faham, bukan mudah sebenarnya untuk menjadi orang yang bergerak melawan arus semasa seperti Siti Nordiana ini. Namun, sekurang-kurangnya beliau berani memberikan pendapat ikhlas beliau dan tidak berlindung di sebalik profil-profil palsu seperti yang lain-lain. Syabas sis!

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQQ3GZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.