Liga Perdana: PKNP Hampiri Slot Piala Malaysia
PEMAIN PKNP FC, Ezanie Mat salleh (kanan) mengekang asakan pemain MISC-MIFA, Michael Ljezie Chukwubunna (tengah) pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. – Foto Osman Adnan
IPOH: PKNP FC semakin menghampiri kancah Piala Malaysia selepas mengatasi pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) 2-1 pada saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang tadi.
Jaringan Gilberto Valdenesio tujuh minit sebelum tamat perlawanan memastikan PKNP FC mengutip mata ke-18 mereka musim ini, sekali gus kekal di kedudukan ketiga carta.
Bercakap kepada BH Online, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim melahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu dan memuji prestasi cemerlang dipamerkan anak buahnya.
“Pertarungan memang sengit dan sukar kerana kedua-dua pasukan turun dengan misi tersendiri. PKNP ingin menang untuk mencerahkan tempat ke Piala Malaysia sementara MIFA ingin mengelak terus berada di kelompok bawah liga,” katanya
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, kehadiran semula tiga pemain import dalam pasukannya banyak membantu kemenangan PKNP FC, petang tadi.
Pada perlawanan itu, tuan rumah mendahului PKNP menerusi jaringan penalti pemain import mereka, Bodric Dimitri pada minit ke-20 sebelum Sharel Fikri menyamakan kedudukan pada minit ke-32.
“Kemenangan ini sungguh bermakna untuk memulihkan semangat berpasukan serta mencari momentum kemenangan selepas kami begitu tertekan pada separuh masa pertama.
“Berkat usaha dan semangat juang yang tinggi untuk mencari kemenangan, akhirnya kami berjaya mengutip tiga mata berharga,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o5Ubmt✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment