Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jualan Tiket Merosot Punca Kerajaan Tak Anjur F1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jualan Tiket Merosot Punca Kerajaan Tak Anjur F1

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melancarkan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bergambar bersama peserta larian obor dan turut bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong di Kementerian Belia dan Sukan. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Keputusan Kabinet tidak menyambung kontrak perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai tahun depan sudah mengambil kira pelbagai aspek dan kajian terperinci, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, sebelum ini beliau sendiri pernah memberi bayangan bahawa kerajaan kemungkinan besar tidak akan menyambung kontrak penganjuran F1 selepas ia tamat tahun ini.

Berikutan itu, Khairy berkata selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan SIC dan melakukan kajian terperinci, kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak F1 yang bakal tamat pada 2017.

“Keputusan Kabinet tidak lanjutkan kontrak F1 mulai 2018 dibuat berdasarkan kajian dan meneliti pelbagai aspek termasuk jumlah keuntungan diperoleh SIC berbanding pelaburan jutaan ringgit dibuat kerajaan setiap tahun.

“Untuk kita kekal penganjur F1 kita kena tengok pelbagai aspek termasuk dari segi pelaburan dan keuntungan langsung diperoleh SIC. Jika penganjuran F1 gagal memberi keuntungan langsung dan impak positif maka kenapa ia perlu diteruskan,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kontrak penganjuran perlumbaan F1 ditamatkan bermula tahun depan.

Najib dalam kenyataannya berkata, langkah tidak menyambung kontrak berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran perlumbaan itu.

Mengulas lanjut Khairy berkata, kerajaan juga terpaksa menanggung kos tinggi untuk penganjuran F1 setiap tahun berbanding jumlah jualan tiket yang berkurangan kerana kedatangan penonton yang makin merosot.

“Suatu ketika dulu perlumbaan F1 di Sepang memang menjadi tumpuan pelancong kerana di rantau Asia hanya ada SIC dan Litar Suzuka, di Jepun.

“Bagaimanapun, sekarang keadaannya berlainan kerana ada banyak litar F1 lain termasuk Singapura, China dan di Qatar, jadi perlumbaan berkenaan sudah hilang daya tarikan kepada pelancong asing,” katanya pada sidang mengenai larian obor sempena Sukan SEA 2017.

Justeru, kerajaan berharap dapat menggunakan sebahagian daripada peruntukan tahunan membabitkan ratusan juta ringgit untuk F1 untuk menaik taraf kemudahan sampingan di SIC, pembangunan pelumba pelapis selain mengembangkan tenaga pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan.

Beliau berkata peruntukan berkenaan juga boleh digunakan untuk membantu menggilap pelumba tempatan di peringkat akar umbi sedia ada seperti Nabil Jefrri dan Fairuz Fauzi supaya mampu pergi lebih jauh.

“Ini perlu kerana hingga kini kita hanya mampu melahirkan seorang sahaja pelumba yang mampu bersaing dalam perlumbaan F1 iaitu Alex Yoong,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2og2eyU

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.