Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waspada Panggilan Palsu Dari 'bank', Dapatkan Maklumat Peribadi – ABM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waspada Panggilan Palsu Dari 'bank', Dapatkan Maklumat Peribadi – ABM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) mengingatkan orang ramai supaya mengabaikan panggilan kononnya dari ‘bank’ mengenai jumlah tunggakan pinjaman atau meminta pengesahan transaksi kad kredit.

“Bank-bank tidak akan meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon,” menurut persatuan itu dalam kenyataan di sini.

ABM menjelaskan, berdasarkan laporan diterima, terdapat dua modus operandi yang kerap digunakan oleh pemanggil palsu terbabit.

Modus operandi pertama melibatkan mesej yang telah direkodkan akan memaklumkan penerima panggilan bahawa mereka mempunyai jumlah pinjaman tertunggak.

Bagi modus operandi kedua, pemanggil akan memperkenalkan dirinya sebagai “pegawai bank” dan memaklumkan terdapat transaksi menggunakan kad kredit, atau bayaran pinjaman/kad kredit penerima panggilan telah tertunggak.

Pemanggil kemudiannya akan bertanya mengenai maklumat peribadi penerima panggilan kononnya untuk menyemak sistem mereka, menurut ABM.

Dalam beberapa kes, pemanggil akan memindahkan panggilan itu kepada “pegawai” kononnya dari bahagian aduan atau seumpamanya.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak melaksanakan arahan yang diberikan pemanggil dan jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi. Selain itu, jangan menelefon nombor yang diberikan pemanggil palsu tersebut,” kata ABM.

Orang ramai boleh menghubungi talian ABMConnect di 1-300-88-9980 atau layari laman web ABM di www.abm.org.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nRQiAk

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.