Puasa Tidak Halang Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
PUTRAJAYA: Larian obor Kuala Lumpur 2017 akan terus diadakan sekalipun dalam bulan Ramadan.
Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, larian itu tidak boleh dihentikan sekalipun ketika bulan umat Islam menjalankan ibadah puasa.
Bagaimanapun, penganjur akan menimbangkan untuk melakukan larian tersebut pada sebelah petang dan berhenti seketika menjelang waktu berbuka puasa sebelum meneruskannya pada sebelah malam.
Larian obor kali ini menjanjikan gimik menarik dan berbeza di setiap negeri yang dilalui.
Antaranya obor akan dibawa ke puncak Gunung Kinabalu, menyelam di Pulau Perhentian, menaiki paraglider di Bukit Jugra serta lompatan BASE di Menara Kuala Lumpur.
Seramai 29 pelari utama termasuk 9 pelari kelainan upaya (OKU) akan mengetuai larian tersebut.
Larian ini juga akan melibatkan atlet yang terbabit Sukan SEA, atlet pelapis, dan atlet dari peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan sebagainya.
“Kita juga galakkan, kalau ada yang dapat dipilih, seorang pembawa obor yang bawa kawan-kawan dia juga. Dia boleh lari dengan kawan-kawan dia.
“Mungkin dia boleh bahagikan dia punya segmen itu dengan kawan-kawannya. Mungkin dia dapat seorang dan dia bawa dua atau tiga kawannya supaya boleh bahagikan, misalnya 100 meter dia bawa, dan 100 meter lagi kawannya yang bawa,” ujar beliau.
Ia pasti menjadi momento istimewa bagi mereka yang menjadi salah seorang pembawa obor.
Larian obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan bermula 14 Mei di Johor dan berakhir 12 Ogos di Kuala Lumpur, meliputi jarak sejauh 665.33 kilometer dan membabitkan 13 buah negeri.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai larian tersebut boleh mendaftar di laman web rasmi http://ift.tt/2o9FSyU.
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bakal berlangsung daripada 19 sehingga 31 Ogos ini.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oIsBPh✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment