Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serangan gas: Penjelasan Rusia tidak kukuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serangan gas: Penjelasan Rusia tidak kukuh

Pakar senjata kimia Britain mendakwa penjelasan Rusia mengenai serangan udara gas di Syria yang mengorbankan 70 orang awam termasuk 10 kanak-kanak adalah ‘tidak kukuh’.

“Saya rasa ia (penjelasan Rusia) adalah khayalan dan tidak syak lagi Rusia cuba lindung sekutu mereka (Bashar al-Assad),” kata Kolonel Hamish de Bretton-Gordon kepada Radio 4 BBC.

Dalam kejadian serangan udara oleh tentera rejim berkenaan, Rusia mendakwa serangan tersebut mengenai sebuah ‘gudang milik pengganas yang menyimpan senjata kimia’.

Siasatan awal mendapati gas tersebut kemungkinan adalah gas saraf jenis sarin yang dikategorikan sebagai senjata pemusnah massa (Weapon of mass destruction/WMD).

Lebih mengejutkan, sebuah hospital yang merawat mangsa serangan tersebut juga dibom oleh tentera Assad pada hari sama.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan mangsa serangan menunjukkan simptom yang konsisten dengan mangsa yang terdedah kepada gas saraf.

Sementara itu, Setiausaha Kementerian Luar Britain, Boris Johnson berkata, rejim Assad bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

“Semua bukti yang ada dengan jelas menunjukkan rejim Assad yang melakukannya, dan mereka tahu mereka menggunakan senjata pemusnah yang diharamkan dalam serangan kejam terhadap rakyat mereka sendiri,” kata Boris dalam sebuah mesyuarat.

The post Serangan gas: Penjelasan Rusia tidak kukuh appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQNEfp

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.