Viral Tikus 'gembira' Di Dulang Lauk, Sebuah Restoran Di Johor Bahru Diarah Tutup
JOHOR BAHRU: Sebuah restoran di Jalan Yahya Awal di sini diarahkan tutup selepas didapati berada dalam keadaan kotor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata arahan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 itu dikeluarkan setelah satu pemeriksaan dilaksanakan Pejabat Kesihatan Johor Bahru pada 11 pagi ini.
Maklumat mengenai kejadian pula telah diterima semalam.
Menurut beliau, selain diarah tutup, satu notis di bawah Seksyen 32 akta sama juga diberikan kepada pekerja kerana kegagalan mereka memakai pakaian kebersihan lengkap meliputi penutup kepala dan kasut sewaktu berada di tempat memasak.
“Penutupan itu adalah maksimum 14 hari, tetapi kalau mereka sudah membuat tindakan pembersihan dan pegawai berkuasa berpuas hati, ia boleh dibuka semula sebelum 14 hari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sebuah klip video yang disebarkan dalam sebuah aplikasi laman sosial semalam yang menunjukkan restoran terbabit kotor hingga mengundang kehadiran tikus.
Menurut Ayub, berdasarkan pemeriksaan dijalankan, restoran berkenaan sebelum ini didapati ada menjalankan kerja pembersihan namun disifatkan tidak memuaskan kerana hanya mencapai tahap kebersihan 60 peratus.
–BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQnlGf✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment