Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rahim sedia tanggung risiko - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rahim sedia tanggung risiko

JIKA diperhatikan, pelakon dan pelawak, Rahim kerap bertukar kumpulan ketika menyertai program realiti, Maharaja Lawak Mega (MLM).

Pemilik nama sebenar, Rahim Mat Ali ini mula menyertai MLM menerusi kumpulan R2 bergandingan dengan adiknya, Ridzuan pada 2012.

Bagaimanapun, Rahim beralih angin menyertai Sepahtu pada 2013 dan kekal hingga kini.

Bakatnya terus menyinar dan tampil sebagai penyampai Sinar FM.

Pada 2014, pelakon filem Lagenda Budak Hostel ini kembali membentuk kumpulan lain iaitu Jalor yang juga dianggotai Joey Daud dan Along.

Tahun ini, kerana mahu menyertai MLM, Rahim berkolaborasi pula dengan Joey dan Syuk menubuhkan Joras.

Mengakui senang bekerja dengan sesiapa sahaja, Rahim menganggap dirinya bertuah kerana diberi kelonggaran waktu oleh  kumpulannya, Sepahtu

“Terus-terang, saya tak ada masalah untuk bekerja dengan sesiapa pun, baik senior mahupun junior asalkan orang yang bekerja dengan saya itu memang jenis yang mahu bekerja dan bukan main-main.

“Saya juga bersyukur Sepahtu menyokong penyertaan saya dalam MLM. Saya akui sangat senang dengan mereka,” katanya kepada Media Hiburan.

Bercakap mengenai MLM2017, Rahim berbangga dengan persembahan Joras meningkat setiap minggu.

“Saya anggap ia sebagai satu cabaran apabila menyertai Joras dalam MLM2017.

“Saya tahu nama saya dah besar bersama Sepahtu dan apabila bersama Joras, saya seolah-olah turunkan taraf saya sendiri, tapi itulah risiko yang perlu saya hadapi untuk bawa kumpulan ini.

“Saya juga bernasib baik kerana bukan mudah untuk bekerjasama dengan mana-mana pelawak,” katanya.

Rahim juga bakal bekerjasama dengan Shuib dan Siti Sarah bagi menghiburkan peminat menerusi persembahan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur pada 13 April depan.

The post Rahim sedia tanggung risiko appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLbLKp

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.