Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang kecewa tindakan Pandikar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang kecewa tindakan Pandikar

Rata-rata ahli Parlimen pembangkang meluahkan rasa kecewa di atas tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan bagi membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, status pindaan RUU355 telah tergantung selama lebih dua tahun tanpa sebarang perbahasan berhubung isu tersebut.

“Kami mengharapkan ada satu rumusan sekurang-kurangnya sebab timbul banyak keraguan,” katanya dalam ketika sidang media, selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang Parlimen, hari ini.

Dalam persidangan tersebut, keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang itu telah mendapat bantahan daripada anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.

Selepas itu, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan ‘ini tidak adil’, namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.

Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.

Turut memberi respons sama, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut mempersoalkan dengan tindakan Pandikar tersebut walaupun ia telah dibentangkan oleh Abdul Hadi sebelum ini.

“Apabila tidak ada masa, mereka boleh tangguhkan mesyuarat sehingga jam 5 pagi namun bila masih ada masa kenapa dihentikan secara tiba-tiba?”soalnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa tindakan Pandikar tersebut telah menjejaskan kredibiliti Parlimen di negara ini.

Beliau berkata, hampir keseluruhan pemimpin pembangkang hadir pada hari ini di mana sembilan daripadanya telah dipilih untuk turut sama dalam sesi perbahasan RUU355 tersebut.

“Speaker Dewan Rakyat perlu memberi penjelasan kepada rakyat di negara ini tentang apa yang berlaku,” katanya.

The post Pembangkang kecewa tindakan Pandikar appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ogTsRe

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.