Hi! Welcome Back and Stay Tune! Final Epik Chong Wei-Lin Dan Kian Hampir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Final Epik Chong Wei-Lin Dan Kian Hampir

PERTEMBUNGAN epik yang dinantikan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada saingan final Terbuka Malaysia. – Foto fail NSTP/Khairul Ghazali

KUCHING: Pertembungan epik yang dinantikan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada saingan final Terbuka Malaysia di sini, hanya dipisahkan dengan satu lagi perlawanan.

Kedua-dua jaguh badminton dunia itu hanya perlu mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir di Stadium Perpaduan esok, bagi membuat perhitungan di pentas final, sekali gus memburu gelaran juara.

Jaguh perseorangan negara, Chong Wei akan menentang pemain Hong Kong, Wong Wing Ki di separuh akhir manakala Lin Dan berdepan Son Wan Ho dari Korea Selatan.

Pertembungan ini sememangnya dinantikan peminat badminton seluruh dunia selepas kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan berentap ketika aksi separuh akhir Olimpik Rio 2016, yang menyaksikan kemenangan memihak Chong Wei.

Ketika Chong Wei mudah menewaskan pemain muda Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14 untuk mara ke separuh akhir, Lin Dan pula dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Indonesia, Jonathan Christie 21-15, 14-21, 21-9, sebentar tadi.

Jika pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di pentas final Ahad ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi perlawanan ulangan edisi 2006.

Lin Dan pasti mahu membalas dendam ke atas Chong Wei yang menewaskannya 23-21 pada set penentuan aksi final itu, biarpun suatu ketika mendahului 20-13.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oahPQ6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.