Dua Nelayan Dilaporkan Hilang Ditemui Mati
MUAR: Teka-teki mengenai kehilangan dua nelayan yang gagal dikesan selepas keluar memukat di perairan Selat Melaka berhampiran Jeti Pengkalan Nelayan Kesang Laut, Tangkak malam rabu lalu terjawab susulan penemuan dua mayat di Jeti Parit Kassim, Muar lewat petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kedua-dua rakan itu ditemui berhampiran kawasan sama dengan masa penemuan yang berbeza.
Beliau berkata, susulan usaha mencari yang dilakukan oleh pasukan penyelamat, mayat pertama dikenali sebagai Johari Abu Bakar, 46, berjaya ditemui pada jam 5.20 petang dengan jarak sejauh 3.5 batu nautika dari kedudukan Jeti Kampung Parit Kassim.
Mayat kedua rizalman baba, 42 tahun pula ditemui pada jarak 4 batu nautika iaitu dari kedudukan jeti sama dan kedua -dua mayat mangsa kemudian dibawa naik melalui jeti markas operasi pasukan polis marin (ppm) muar sebelum dibawa kehospital melaka untuk bedah siasat.
“Pada jam 6 petang, satu lagi mayat ditemui berhampiran dengan tempat mayat pertama tadi. (Lokasinya) 4 batu nautika dari Parit Kassim dan Selanta sampai di Jeti Marin Polis Muar jam 7 petang ini.
“Penemuan kedua mangsa dikenali Rizalman. Selepas ini mangsa akan dibawa ke Hospital Muar untuk pengecaman. Dengan penemuan ini, kami menutup bilik gerakan sementara operasi mencari dan menyelamat,” ujarnya.
Menurut beliau, bot yang dinaiki mangsa turut ditemui sekitar jam 12.30 tengah hari berhampiran dengan lokasi penemuan peralatan bot yang ditemui lewat petang kelmarin.
Bagaimanapun bot yang ditemui dengan jarak 10 batu nautika dari kawasan penemuan mayat hanya berjaya dibawa naik pasukan penyelamat sekitar 5.20 petang tadi ekoran kesukaran anggota menunda kenderaan tersebut yang telah tenggelam jauh ke dasar laut.
Mohad idris dalam pada itu berkata, kejadian ribut dengan cuaca yang tidak menentu menjadi punca bot jenis fiber yang dinaiki dua sahabat berkenaan terbalik iaitu sekitar jam 4 pagi, 6 Mac.
Terdahulu, seramai 101 membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM) Muar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyertai SAR berkenaan.
Katanya, gerakan mencari yang diterajui sebanyak 12 buah bot itu turut dibantu oleh beberapa nelayan di sekitar kawasan tersebut.
Kelmarin, dalam kejadian jam 1.40 petang, polis tangkak menerima laporan kehilangan dua nelayan yang keluar memukat di Jeti Pengkalan Nelayan Kesang, kira-kira jam 11 malam.
Mangsa, Rizalman dan Johari dikatakan hilang selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai dilanda ribut sejauh kira-kira 1.1 batu nautika dari jeti.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pa4lln✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment