Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat M'sia Dijemput Sertai Larian Obor KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat M'sia Dijemput Sertai Larian Obor KL2017

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika menerima Obor daripada maskot Rimau semasa majlis pelancaran Larian Obor Kuala Lumpur 2017 dan turut bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong di Kementerian Belia dan Sukan. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dijemput mengambil bahagian dalam Larian Obor sempena temasya Sukan SEA dan dan Para ASEAN Kesembilan 2017 (KL2017) yang akan menjelajah ke lokasi terpilih di seluruh negara, mulai bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata program itu adalah satu daripada usaha promosi meningkatkan kesedaran orang ramai sekali gus menyemarakkan semangat Bangkit Bersama menjelang KL2017 pada Ogos ini.

Katanya, acara Larian Obor ini akan bermula 14 Mei dari Johor dan berakhir 12 Ogos di Kuala Lumpur, bakal merangkumi 13 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur, dengan laluan sejauh 665.33km.

Orang ramai yang berminat menyertai Larian Obor KL 2017 dan menjadi pembawa obor boleh mendaftar di http://ift.tt/29W4jdZ, bermula hari ini.

Sukan SEA dijadual diadakan di negara ini pada 19 hingga 31 Ogos ini.

“Larian Obor kali ini membawa keunikan yang tersendiri iaitu dengan persembahan gimik larian yang berbeza bagi setiap negeri, seperti obor ini akan dibawa mendaki Gunung Kinabalu di Sabah selain dibawa ke Taman Negara Mulu.

“Obor berkenaan juga akan dibawa berenang dari Pulau Jerjak di Pulau Pinang; terbang ke udara melalui Wau Bulan Besar di Kelantan; menyelam di Pulau Perhentian di Terengganu; menaiki paraglider di Bukit Jugra, Selangor dan terjun secara base jump di KL Tower di Kuala Lumpur.

“Secara amnya, larian ini akan merangkumi pelbagai aktiviti menarik yang akan menampilkan keistimewaan tersendiri negeri-negeri yang dilalui,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Larian Obor KL2017 di sini, hari ini.

Dalam pada itu BERNAMA melaporkan, Larian Obor KL2017 akan tetap diteruskan ketika bulan Ramadan ini.

Khairy Jamaluddin dipetik berkata, selain menukar waktu larian dari pagi ke petang, penganjur juga mempertimbangkan untuk melaksanakan acara berkenaan pada sebelah malam.

“Kita tidak akan hentikan acara larian obor walaupun pada bulan puasa, …kita ubah sedikit mungkin buat larian pada waktu petang dan berhenti sebentar untuk berbuka puasa.

“Kita hormati sensitiviti bulan puasa dan kemungkinan juga akan pertimbangkan larian pada waktu malam khususnya di kawasan ikonik yang telah dikenal pasti di setiap negeri,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nRG0QN

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.