Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala Sultan Selangor: Kaunter Khas Mohon Permit Perjalanan Berkumpulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala Sultan Selangor: Kaunter Khas Mohon Permit Perjalanan Berkumpulan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima jersi pasukan pilihan Selangor bagi Piala Sultan Selangor 2017 (TSSC) Edisi Ke-16 daripada Pengerusi merangkap Pengurus Pasukan TSSC 2017, Tan Sri Abd Karim Munisar pada Majlis Minum Petang Piala Sultan Selangor 2017 di Istana Alam Shah, baru-baru ini. – Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Peminat Piala Sultan Selangor (TSSC) dan penyokong pasukan yang bercadang ke Singapura tetapi tidak memiliki pasport antarabangsa, masih boleh ke negara itu pada 6 Mei ini.

Ini berikutan usaha Jawatankuasa Piala Sultan Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Selangor yang akan membuka beberapa kaunter pendaftaran pasport untuk membolehkan mereka mendapat permit perjalanan berkumpulan sempena Piala Sultan Selangor 2017, di Pusat Beli-Belah SACC di sini, pagi esok.

Ahli Jawatankuasa Media, Publisiti dan Buku Cenderamata Piala Sultan Selangor, Necia Abdullah berkata, kaunter pendaftaran yang dibuka seawal jam 10 pagi itu terletak di tingkat 2 pusat beli-belah berkenaan.

“Kami membuka kaunter pendaftaran untuk memudahkan penyokong serta peminat setia TSSC membuat pasport, terutamanya yang ingin membuatnya secara berkumpulan.

“Penyokong hanya perlu membawa kad pengenalan, salinan kad pengenalan, dua keping gambar berukuran pasport manakala bagi remaja serta kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, mereka wajib menghadirkan diri bersama ibu bapa. Ini adalah antara keistimewaan TSSC,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, permit perjalanan berkumpulan berharga RM200 serta boleh dikongsi oleh minimum lima orang dan maksimum 20 orang.

Sementara itu, Necia berkata, satu taklimat khas juga akan disampaikan oleh Pengarah Operasi FAS Singapura, Kok Wai Leong pada jam 11 pagi esok di restoran Uncle K, di tingkat bawah pusat beli-belah sama.

“Taklimat berkenaan akan menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dibawa ketika penyokong berkunjung ke Stadium Nasional Singapura nanti.

“Penyokong juga boleh mengambil peluang ini untuk bertanyakan sebarang soalan mengenai TSSC tahun ini.

“Justeru, kehadiran ketua rombongan, ketua kelab penyokong serta ketua pasukan untuk menghadiri sesi taklimat ini dialu-alukan,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQMQHt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.