Hi! Welcome Back and Stay Tune! SIC Tak Sentimental Tanpa F1, Rangka 2 Pelan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SIC Tak Sentimental Tanpa F1, Rangka 2 Pelan

sukhairi@bh.com.my 

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC). – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak berasa ‘sentimental` meskipun perlumbaan empat roda Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia tidak lagi dianjurkan di litar itu, bermula tahun depan. 

Bagi SIC, biarpun GP Malaysia sudah dianjurkan sejak 1999 dan banyak meninggalkan nostalgia kepada litar, penganjurannya ketika ini harus dinilai apatah lagi membabitkan kesan kepada ekonomi negara. 

“Kami tidak terlalu sentimental kerana ia memang disebabkan faktor ekonomi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dalam sidang media bagi menjelaskan penamatan kontrak F1 dan hala tuju SIC pada masa depan di sini, sebentar tadi. 

“Kami di bawah Kementerian Kewangan. Jadi SIC mempunyai tanggungjawab memberi nasihat kepada kerajaan. Kami juga sentiasa memaklumkan kementerian dan akhirnya demi negara, kami memaklumkan kepada kerajaan yang tahun ini adalah yang terakhir,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perancangan SIC tanpa GP Malaysia, Razlan berkata, pihaknya sudah merencana dua pelan membabitkan jangka pendek dan jangka panjang. 

Untuk jangka pendek yang membabitkan tempoh 12 hingga 18 bulan, SIC merancang mempertingkatkan keupayaan litar seperti Pusat Pengalaman Pemanduan, Sirkit Off Road dan menambah baik sistem lampu limpah bagi merancakkan aktiviti perlumbaan di waktu malam. 

Bagi perancangan jangka panjang, SIC mempunyai pelan membina hotel bertaraf tiga bintang di kawasan sekitar litar, selain Sirkit Drift, Taman Tema Permotoran dan Sirkit Drag yang mengambil masa dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Perlumbaan GP Malaysia tahun ini dijadual berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober di Litar Sepang – yang terakhir selepas 19 tahun penganjurannya di sini. 

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9E34V

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.