Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Gaji Gomez Tak Masuk Akal: Ejen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Gaji Gomez Tak Masuk Akal: Ejen

EJEN pemain, Effendi Jagan. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yang menuntut gaji AS$40,000 (RM177,600) untuk khidmatnya selaku pengendali skuad kebangsaan dilihat sebagai permintaan tidak masuk akal.

Ini berikutan permintaan gaji dengan jumlah sedemikian adalah tidak berpatutan terutama selepas mengambil kira faktor dia tidak memiliki pengalaman dalam mengendalikan skuad kebangsaan sebelum ini.

Ejen pemain, Effendi Jagan menjelaskan permintaan gaji yang dibuat pengendali daripada Argentina itu adalah di luar lingkungan purata gaji seperti yang ditawarkan kepada jurulatih asing yang mengendalikan skuad kebangsaan di Asia Tenggara.

“Kebanyakan jurulatih asing bagi skuad kebangsaan di Asia Tenggara ditawarkan sekitar AS$15,000 (RM66,000) sehingga AS$30,000 (RM133,000), bergantung kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka.

“Jadi, saya melihat permintaan Gomez itu adalah terlalu tinggi memandangkan dia tidak pernah mengendalikan mana-mana skuad kebangsaan sebelum ini dan reputasinya hanyalah pada peringkat kelab sahaja.

“Pada pandangan saya, tawaran berpatutan dan munasabah yang boleh diberikan pada Gomez adalah AS$30,000 (RM133,000) dengan kontrak selama dua tahun. Kontrak selama setahun adalah terlalu singkat,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.

BH Sukan sebelum ini melaporkan pengendali dari Argentina itu meminta gaji yang tinggi iaitu sebanyak AS$40,000 (RM177,600) jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menagih khidmatnya selaku pengendali skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, gaji terbabit hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan badan induk bola sepak negara itu iaitu AS$25,000 (RM110,000), sekali gus menyebabkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak lagi berminat mendapatkan khidmatnya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKK18U

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.