Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ali Optimis Bawa Pulang Tali Pinggang JIMC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ali Optimis Bawa Pulang Tali Pinggang JIMC

ATLET Muay Thai negara, Ali Yaakub. – Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Atlet Muay Thai negara, Ali Yaakub yakin latihan Sukan SEA pada tahun ini di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi persiapan baginya merebut tali pinggang Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Johor (JIMC), esok.

Penganjuran JIMC kali kedua yang diadakan di Kompleks Sukan Arena Tertutup Educity di Iskandar Puteri di sini, esok menyaksikan Ali akan bertemu peninju dari Thailand, Joey Mafai bagi merebut tali pinggang utama kejohanan itu.

Bagi Ali, persiapan menjalani latihan intensif bersama lima atlit peninju Muay Thai negara dengan jurulatih daripada Thailand dan Belarus dapat dijadikan persiapan menghadapi lawannya.

“Ini bukan kali pertama saya bertemu Joe kerana sebelum ini saya pernah bertemu dengannya di Sarawak pada tahun lalu dan bagi saya tiada masalah untuk bertemu dengannya sekali lagi esok.

“Persiapan latihan Sukan SEA saya lihat boleh dijadikan persiapan untuk perlawanan esok dan saya akan cuba yang terbaik bagi membawa pulang tali pinggang kejohanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dan sesi timbang berat semua 18 peninju Muay Thai yang menyertai kejohanan JIMC II di sini, hari ini.

Selain perlawanan antara Ali dan Joe, satu lagi perlawanan dijangka mendapat perhatian bagi merebut tali pinggang tajaan iaitu antara peninju dari Johor, Mat Korro yang akan bertemu dengan Dareak Sutai (Thailand).

JIMC II esok menyaksikan 18 peninju mengambil penyertaan dan kebanyakkannya sudah berlawan antara 20 hingga 220 kali perlawanan bagi merebut gelaran juara dan dijangka menjanjikan persembahan yang memuaskan hati penggemar sukan Muay Thai negara ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oHXQK3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.