SPRM Lahad Datu Tahan Inspektor Lelaki Disyaki Rasuah
LAHAD DATU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Lahad Datu menahan seorang pegawai polis lelaki berpangkat Inspektor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lima tahun lalu.
Suspek berusia 37 tahun itu disyaki meminta rasuah untuk tidak menghadapkan seorang pemandu treler ke mahkamah bagi tuduhan melibatkan kes kemalangan maut pada tahun 2012.
Inspektor itu ditahan di pejabat trafik, IPD Lahad Datu kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini.
Menurut sumber, kes kemalangan itu berlaku pada Februari 2012 yang mengakibatkan kematian seorang orang awam dan mencederakan seorang lagi.
Difahamkan, selepas siasatan dijalankan, pemandu treler itu sepatutnya dikenakan saman dan tidak ada arahan untuk menuduhnya di mahkamah.
Bagaimanapun, suspek telah mengambil kesempatan dan meminta wang rasuah RM3,500 daripada pemandu treler itu kononnya supaya dia tidak dituduh dan dijatuhkan hukuman penjara.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan suspek akan direman esok untuk membantu siasatan.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p8vfd2✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment