Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Melaburkan Wang Untuk Skrin Paparan Melengkung Dengan Resolusi Dan Nisbah Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Melaburkan Wang Untuk Skrin Paparan Melengkung Dengan Resolusi Dan Nisbah Baru

Samsung sebuah nama yang agak besar di arena skrin paparan. Mereka membuat paparan untuk pelbagai jenis peranti, termasuklah telefon pintar, komputer riba dan juga monitor. Malah, pada awal tahun ini, Samsung telah memperkenalkan paparan untuk komputer desktop yang menggunakan teknologi Quantum Dot di pasaran Malaysia.

Terkini, syarikat teknologi daripada Korea itu dikatakan baru sahaja melaburkan wang untuk membina paparan-paparan baru dengan resolusi dan nisbah paparan yang unik.

Samsung CF791

Menurut TFTCentral, Samsung akan membina dua monitor dengan resolusi dengan nisbah ini, termasuklah monitor bersaiz 49 inci dengan resolusi 3840×1080, bernisbah 32:9. Jurucakap Samsung juga berkata bahawa monitor ini akan menggunakan panel VA (Vertical Alignment) yang mampu memberikan kualiti warna yang menarik, dan juga rekabentuk tanpa bezel pada tiga sisi monitor tersebut.

Samsung juga akan melancarkan monitor bersaiz 44 inci dengan resolusi yang lebih tinggi sedikit pada 3840×1200 dengan nisbah paparan 29:9 yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kedua-dua monitor ini juga dikatakan akan hadir dengan sokongan untuk kadar segar semula 144Hz.

Ada kemungkinan bahawa Samsung akan mula memulakan pengeluaran secara besar-besaran untuk monitor-monitor ini pada bulan September tahun ini, dan pada itu, mungkin juga kita boleh melihat contoh monitor ini di acara Computex di Taipei nanti.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p8uCR4

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.