Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiket Harga Rendah Saksi F1 GP Malaysia Terakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiket Harga Rendah Saksi F1 GP Malaysia Terakhir

RAZLAN (kanan) dan Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya pada sidang media mengenai Pelan Pembangunan F1PMGP dan SIC di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia 2017 yang juga perlumbaan F1 terakhir menampilkan tawaran hebat buat peminat tempatan kerana berpeluang menikmati diskaun istimewa sehingga 50 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Sdn Bhd, Datuk Razlan Razali berkata oleh kerana ini adalah tahun terakhir SIC menganjurkan perlumbaan itu, beliau mahu semua peminat tempatan merasai keterujaannya.

“Harga standard tiket bagi GP Malaysia 2017 ialah serendah RM58.68 untuk tiket Hillstand K2 hingga RM613.68 bagi tiket Main Grandstand, menjadikan harga tiket bagi perlumbaan kali ini sebagai paling murah di dunia.

“Tahun ini, tiket ditawarkan tanpa nombor tempat duduk berasaskan konsep “siapa cepat, dia dapat” di Main Grandstand, F Grandstand dan K1 Grandstand,” katanya pada sidang media mengenai Pelan Pembangunan F1PMGP dan SIC di sini, hari ini.

Razlan berkata oleh kerana tempat duduk tidak bernombor, penonton boleh bergerak bebas dalam kawasan Grandstand berkenaan pada hujung minggu perlumbaan.

Buat kali pertama, rakyat Malaysia berpeluang menikmati harga kadar rata di sudut terbaik untuk menyaksikan perlumbaan di Main Grandstand pada harga hanya RM336.18.

“Bagi F Grandstand dan K1 Grandstand, harga tiket yang ditawarkan masing-masing ialah RM169.68 dan RM225.18,” katanya.

Semua tiket bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah ditawarkan diskaun 50 peratus daripada harga tiket dewasa sementara kanak-kanak bawah tujuh tahun dibenarkan masuk percuma.

Dalam pada itu, peminat dari kalangan orang kurang upaya (OKU) boleh membeli tiket khas bagi tempat duduk Main Grandstand pada harga RM308.43.

Seperti 2016, perlumbaan tahun ini dijadual berlangsung pada penghujung musim iaitu perlumbaan pusingan ke-15 dalam kalendar 20 perlumbaan.

Malaysia tidak lagi akan menganjurkan perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 bermula 2018. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLljW3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.