Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liga Super: Zahasmi Arah 'rantai' Sumareh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liga Super: Zahasmi Arah 'rantai' Sumareh

ZAHASMI (tengah) mahu anak buahnya merantai pergerakan Mohamadou Sumareh pada aksi Liga Super menentang Pahang, malam esok. – Foto fail NSTP/Fathil Asri

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mahu anak buahnya merantai pergerakan Mohamadou Sumareh pada aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok.

Kehebatan Sumareh perlu diawasi dengan ketat berikutan dua pemain import skuad The Red Warriors (TRW), Mohamad Ghaddar dan Mamadou Danso belum menemui rentak permainan kerana baru saja pulang dari mewakili skuad kebangsaan masing-masing.

Zahasmi berkata, pasukannya perlu memberi lebih fokus dan mengelak daripada melakukan kesilapan pada aksi terbabit.

“Kita akui skuad Tok Gajah adalah sebuah pasukan yang kuat dengan dibarisi pemain tempatan dan import yang mantap. Kita perlu ambil berat kerana jika tidak fokus dan banyak melakukan kecuaian malam esok, pastinya kita bakal dihukum.

“Kelibat pemain seperti Sumareh dan Matheus Alves sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada bahagian pertahanan kita, oleh itu saya berharap semua pemain tidak leka.

“Saya menasihatkan pemain untuk sentiasa positif dan Insya-Allah dengan perancangan yang sudah diatur, saya percaya pemain mampu memberi saingan, seterusnya mempamer aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zahasmi turut mengakui beberapa tonggak utama pasukan masih dalam senarai kecederaan, namun beliau tetap akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk aksi malam esok.

“Di samping pemain import seperti Ghaddar dan Danso yang masih penat selepas bersama skuad kebangsaan mereka, beberapa tonggak tempatan juga belum pulih sepenuhnya dari kecederaan, antaranya Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak.

“Namun, kami tetap berusaha melengkapkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu tiga mata penuh malam esok,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQUxx8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.