Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan Musnahkan Tiang Elektrik, Sebahagian Besar Kawasan Selatan Thailand Bergelap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan Musnahkan Tiang Elektrik, Sebahagian Besar Kawasan Selatan Thailand Bergelap

PATTANI: Sebahagian besar kawasan di empat buah wilayah di selatan Thailand bergelap selepas kumpulan yang tidak dikenali melakukan sabotaj dengan memusnahkan lebih 50 tiang elektrik di wilayah berkenaan awal pagi ini.

Lebih 40 bom diletupkan dalam tempoh satu jam bermula 12 tengah malam yang memusnahkan tiang elektrik dan menyebabkan wilayah berkenaan berada dalam kegelapan sepenuhnya.

“Sebanyak 52 tiang elektrik di 19 daerah di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla dimusnahkan dalam serangan sabotaj. Bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya di beberapa kawasan terlibat,” kata jurucakap tentera Wilayah 4, Kol Pramote Prom-in, hari ini.

Selain serangan bom yang memusnahkan tiang elektrik, pihak yang bertanggungjawab juga menaburkan paku, tayar yang terbakar dan melakukan tindakan sabotaj lain.

Menurut Pramote, pihak tentera tidak menerima sebarang laporan mengenai kematian atau kecederaan disebabkan serangan itu.

Beliau berkata pasukan keselamatan Thailand masih menyiasat motif serangan tersebut, sama ada ia berkaitan dengan pengisytiharan perlembagaan baharu negara itu semalam.

Pada satu majlis yang diadakan di Dewan Singgahsana Ananta Samakhom semalam, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun mengisytiharkan perlembagaan ke-20 negara itu yang akan memberi laluan bagi mengadakan pilihan raya baharu.

Serangan juga dilancarkan apabila Mufti Agung Mesir, Dr Shawki Allam berada di selatan Thailand atas undangan Kementerian Luar Thailand tetapi dijangka kembali ke Bangkok esok.

Di BANGKOK, Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon ketika ditanya oleh media berkata serangan awal pagi di selatan Thailand tidak ada kaitan dengan proses damai sekarang dengan Mara Patani (Majlis Syura Patani).

Beliau juga menyangkal bahawa serangan itu adalah sebagai tindak balas kepada perjanjian yang dimeterai baru-baru ini dengan Mara Patani untuk menubuhkan Zon Keselamatan di selatan Thailand.

Mara Patani, badan gabungan beberapa kumpulan militan di selatan Thailand terlibat dalam proses damai dengan kerajaan Thailan dengan Malaysia bertindak sebagai perantara.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri berkata pihak berkuasa masih mengkaji motif bagi serangan-serangan yang diselaraskan itu.

“Kami belum membuat kesimpulan mengenai motif serangan kerana banyak isu sekarang,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pemandu mengenai Wilayah-wilayah Sempadan di Selatan Thailand.

Beliau berkata, mesyuarat juga dihadiri oleh ketua panel damai kerajaan Jen Aksara Kerdphol, yang juga menafikan bahawa serangan itu mempunyai kaitan dengan proses damai atau Zon Keselamatan.

Sementara itu, ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) Jen Thawip Netniyom berkata mesyuarat membincangkan mengenai motif yang berkemungkinan mencetuskan keganasan terbaharu.

Beliau berkata motif serangan berkemungkinan berpunca daripada pengisytiharan perlembagaan ke-20 Thauiland semalam yang merintis jalan untuk pilihan raya umum dan lawatan wakil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Mesir ke selatan Thailand baru-baru ini.

‘Wakil OIC itu bersetuju dan menyokong dasar kerajaan dalam menangani konflik di wilayah-wilayah di selatan Thailand, jadi ia mungkin sebab mengapa mereka melancarkan serangan itu,” kata beliau.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMQ0hY

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.