Hi! Welcome Back and Stay Tune! Larian Baton Bangkit Bersama Di Vietnam Ahad Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Larian Baton Bangkit Bersama Di Vietnam Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau Kuala Lumpur 2017, akan meneruskan persinggahan di Hanoi, Vietnam pada Ahad ini.

Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam satu kenyataan memaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan akan mengetuai delegasi negara dalam siri larian keenam kali ini.

Beliau akan turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Haslina Abdul Hamid dan Pengerusi Eksekutif Pengurusan MASOC, Shafferi Rejab.

Larian berkenaan dijangka melalui beberapa lokasi bersejarah di Hanoi seperti Ly Thai To Park (lokasi arca patung pengasas bandar Hanoi), Hanoi Moi (New Hanoi) dan Nha Hat lon Hanoi (Hanoi Opera House).

Kenyataan itu menyebut larian di Vietnam akan turut dimeriahkan dengan penyertaan atlet kebangsaan negara berkenaan daripada pelbagai acara sukan sebagaimana yang diadakan dalam lima siri larian, sebelum ini.

Antaranya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 bagi acara menembak Hong Xuan Vinh; pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Le Van Cong serta pemenang emas Sukan SEA Singapura 2015 dalam acara lawan pedang, Vu Thanh An.

Sejurus larian tamat, baton akan diserahkan kepada wakil tuan rumah seterusnya iaitu Timor Leste – penyerahan baton simbolik sambungan siri larian berkenaan yang menjelajah 10 negara anggota ASEAN.

Larian Baton Bangkit Bersama di Hanoi adalah kesinambungan daripada larian baton di beberapa negara ASEAN sebelum ini iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Filipina dan Brunei, bermatlamat mempromosikan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada rakyat di Asia Tenggara.

Timor Leste akan menjadi destinasi ketujuh siri Larian Baton Bangkit Bersama pada 17 April ini.

Sukan SEA ke-29 dijadual berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos ini manakala Sukan Para ASEAN kesembilan pula dari 17 hingga 23 September. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nlq3Gg

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.