‘Tak semestinya orang tak bertudung itu jahat’ – Ifa Raziah
Selesa bertudung namun belum memutuskan untuk berhijab sepenuhnya Ifa Raziah memberitahu dia tetap menjadi dirinya sendiri dan tidak hipokrit.
“Tak semestinya orang tak bertudung jahat. Iman yang menentukan baik buruk seseorang. Sehelai kain yang menutup kepala, belum tentu dapat menutup keburukan anggota yang lain.
“Ada saja orang yang pakai tudung hisap rokok, hisap dadah, buat maksiat sambil pakai tudung, malah mengutuk dan mengata orang lain sambil pakai tudung. Lebih teruk skandal dengan suami orang,” ujarnya.
Menurut pelantun lagu Terus Terang itu, biarpun bertudung tidak salah untuk tetap tampil bergaya kerana penampilan itu penting dan tidak ambil pusing kecaman netizen.
“Pada saya kalau artis ataupun bukan artis, kita tetap harus bergaya. Penampilan, kecantikan, kebersihan perlu dijaga. Tak perlu la kita nak hiraukan apa orang nak kata, yang penting niat kita ikhlas, dan tak kacau orang lain.
“Jangan la pakai tudung sebab malas nak jaga rambut, malas nak kena shampoo selalu rambut, malas nak blow rambut dan malas nak dandan rambut cantik-cantik. ’PAKAI TUDUNG AJE LA, SENANG’,” katanya.
The post ‘Tak semestinya orang tak bertudung itu jahat’ – Ifa Raziah appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oLQgOq✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment