Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gomez Tuntut Gaji Tinggi Lumrah Bola Sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gomez Tuntut Gaji Tinggi Lumrah Bola Sepak

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yang menuntut gaji tinggi untuk khidmatnya selaku pengendali skuad kebangsaan tidak perlu dipersoalkan kerana perkara terbabit adalah lumrah dalam dunia bola sepak.

Ini berikutan dunia bola sepak profesional adalah profesion yang menawarkan harga yang subjektif terhadap khidmat jurulatih mahupun pemain dengan permintaan yang dibuat adalah berdasarkan kemampuan yang dimiliki individu terbabit.

Seorang ejen yang juga pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim menjelaskan Gomez menuntut gaji yang tinggi kerana ia dirasakan setimpal dengan apa yang boleh disumbangkan olehnya kepada pembangunan bola sepak negara selaku jurulatih skuad kebangsaan.

“Dia memiliki pencapaian yang baik ketika mengendalikan JDT jadi sebab itulah ‘sahamnya’ menjadi mahal kerana dia berfikir khidmatnya berharga lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya.

“Permintaan gaji yang tinggi adalah perkara biasa dalam dunia bola sepak dan sebagai jurulatih, dia ada hak untuk meletakkan harganya dan terpulang kepada pihak yang mahukan khidmatnya sama ada bersetuju atau menolak permintaannya.

“Bagi mendapatkan sesuatu yang bagus, sudah pasti ia datang dengan harga yang tinggi. Jika kita mahukan yang terbaik demi bola sepak negara, kita perlulah berkorban demi hasil yang diinginkan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

BH Sukan melaporkan pengendali dari Argentina itu meminta gaji yang tinggi iaitu sebanyak AS$40,000 (RM177,600) sebulan jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menagih khidmatnya selaku pengendali skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, gaji terbabit sekali ganda lebih tinggi berbanding daripada apa yang ditawarkan badan induk bola sepak negara itu iaitu AS$25,000 (RM110,000) sekali gus menyebabkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak lagi berminat mendapatkan khidmatnya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKug1U

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.