Terbuka Malaysia: Chong Wei Ke Separuh Akhir
KUCHING: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir merealisasikan misi memburu gelaran ke-12 saingan badminton Terbuka Malaysia selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir di sini, sebentar tadi.
Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei mudah mengetepikan cabaran pemain muda Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Perpaduan.
Jaguh perseorangan negara itu akan menentang pemain Hong Kong, Wong Wing Ki pada aksi separuh akhir, esok.
Wing Ki mara ke kelompok empat terakhir selepas diberi kemenangan percuma susulan penarikan diri juara Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China yang mengalami kecederaan pergelangan tangan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLhIqU✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment