Betul Ke Yuna & Adam Sinclair Nak Kahwin 1 Ogos 2018?
Hiburan
Tahniah kepada penyanyi Malaysia yang sedang mencipta nama di Hollywood, Yuna yang dikatakan bakal bernikah dengan kekasihnya, Adam Sinclair pada 1 Ogos 2018.
Difahamkan Yuna dan Adam akan mengikat tali pertunangan dengan adik kepada pelakon terkenal, Ashraf Sinclair itu pada Oktober ini.
Sebelum ini, hangat diperkatakan pasangan ini sudah mengikat pertunangan berikutan tersebarnya gambar Yuna dengan jejaka berdarah campuran itu berbaju kurung dan Melayu rona sedondon namun dinafikan pengurus Yuna, Wawa.
Hubungan rapat Yuna dan Adam mula dihidu oleh media tempatan sejak setahun lalu.
Spekulasi mengenai percintaan pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California, tersebar.
Kebelakangan ini juga Yuna dilihat sangat terbuka dalam soal cinta apabila kerap berkongsi gambar kekasih di laman sosial.
Sumber: Utusan Online
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLV2a0✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment