Gema Gegar Vaganza: Ana Raffali Bersedia Keluar Dari Zon Selesa
48
Berita
Penyanyi Ana Raffali mempersiapkan diri untuk keluar dari zon selesa sebagai persediaan menghadapi persaingan dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV).
Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 31, bersedia untuk membuat persembahan tanpa iringan gitar.
“Semua orang tahu trademark saya iaitu ketika melakukan persembahan, pastinya saya akan memetik gitar sendiri. Saya bersedia untuk meninggalkan zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru sebagai persiapan bagi menghadapi sembilan peserta lain dalam GGV,” kata Ana kepada Astro Gempak.
Tidak sabar mahu menonjolkan bakatnya dalam GGV, penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini juga mahu belajar sesuatu yang baru.
“Saya bersedia untuk mencuba dan bereksperimen dalam persembahan saya. Saya tidak sabar untuk menantikan program GGV bermula. Saya juga mahu menimba ilmu persembahan baru menerusi persembahan peserta-peserta lain,” katanya lagi.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Untuk lebih info mengenai program ini, layari laman web http://ift.tt/2nMAQ7L atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment